Saturday, 7 November 2015

Tabahkan Hatimu Wahai Gadis~

Setiap kita punyai cerita,
Kisah bahagia dan derita,
Itulah warna kehidupan,
Yang harus kita redhakan.

Usahlah dikau mengalah,
Saat harungi ujian Allah,
Didikkanlah hatimu tabah,
Agar imanmu jadi gagah.

Walau dikau harus redha,
Mengahadapi kehilangan,
Yang bisa hatimu berduka,
Percaya ada kebahagiaan.

Biar ada membencimu,
Usah biar hatimu rapuh,
Kau ada Tuhan yang satu,
Sumber iman untuk kukuh.

Merintih pada Maha Esa,
Semoga kau kuat semula,
Bersedia hadapi dugaan,
Bersama kekuatan iman. 

Credit to: Sis Qowiy (02 Ogos 2015)



Read. Learn. Love. 

Saturday, 3 October 2015

Perasaan apakah ini?

Terkadang hidup memang berat
Membuatkan kita hampir menyerah
Tapi aku percaya hanya DIA pelindungku, penciptaku.

Ya Allah,
Sabarkan hatiku, kuatkan imanku
Dan berkatilah hidup aku & keluargaku dengan rahmatMU.

Tuhan Kaulah Cintaku ♥

Read. Learn. Love.

Sunday, 5 July 2015

Behind The Story....

Confession #19248
7/1/2015 12:13:05

"My story is...

Aku seorang perempuan ada Master. Tunang aku seorang lelaki, diploma jer. Masa aku nk decide untuk terima dia, aku punyalah istikharah sgt2. Sebab aku takut x sekufu bagai coz taraf pendidikan yg berbeza. Family aku plk agak senang berbanding family dia. aku selalu berdoa...ya Allah... kurniakanlah aku seorang suami yang kaya dunia dan kaya akhirat,yg baik, yg lemah lembut terhadap org tua, kanak2 & wanita..yg x panas baran dan x merokok..Yang solat berjemaah 5 waktu di msjid...dan byk lgi la ciri2 yg aku spesifik kan.

jadi aku selalu fikir..kenapa aku x dpt laki yg kaya? yg berpelajaran tinggi? Mcm dlm doa aku... dia x kaya dunia, tp kaya budi pekerti...wlwpun dia bukan seorang ustaz mahupun imam di masjid2. dia x merokok juga, solat di masjid sekiranya tiada apa2 halangan. dia x alim pun, x suka bersosial sgt, tp gila bola.

dalam tempoh istikharah aku tu..Mcm2 telah berlaku...mungkin Allah nk tunjuk kat aku...aku jumpa sepasang suami isteri, dua2 doktor, gaji besar, rumah besar... tapi belum dikurniakan cahaya mata...

lagi..aku jumpa sepasang suami isteri, dua2 orang ada master dan kuat agama, aku naik kereta dgn dwg nk pergi ke satu destinasi..dlm perjalanan,suami dia suruh isteri dia tengok GPS, tapi isteri dia tersilap tengok.. jadi kami tersalah jln, pstu terus suami dia marah2 isteri dia n ckp "tengok GPS pun x reti"..luluh hati aku.. aku fhm perasaan isteri dia masa tu..

lagi.. pernah dulu ada beberapa org yg nk melamar aku..boleh dikatakan kebanyakannya ustaz2, baik & x merokok, dwg agak mencari kesempurnaan,nk yg cantik, yg lemah lembut ayu sopan, pandai masak pandai menjahit pndai segala-galanya...aku tahu dwg layak untuk mencari kesempurnaan kerana diri dwg mmg baik. mgkin aku yg x cukup baik, sbb tu la aku x berjodoh dgn diorang..

dan byk lagi peristiwa2 lain yg terjadi pada aku dlm tempoh istikharah tu.. lalu aku buat kesimpulan..pasangan yg berpangkat dan berada, diuji dgn ketiadaan anak, pasangan yg sama2 educated pun, kalau suami x boleh nk hormat isteri (paling kurg depan org lain) pun buat apa.. nak mencari kesempurnaan? Like ustaz2 ke imam2 ke... diri aku sndiri pun byk kekurangan, layak ke aku nk cari yg perfect... cintailah kekurangan pasangan kita, inshaAllah di situlah bahagia...

SEKUFU?? apakah sebenarnya maksud sekufu dalam Islam? adakah sama pada kekayaan? sama pada taraf pendidikan? sama pada pangkat dan darjat keturunan??
aku bermuhasabah sendiri.. kalaulah sekufu itu pada harta kekayaan, mana mungkin Allah mentakdirkan Rasulullah berkahwin dgn Khadijah, bukankah Khadijah seorang yg hartawan pada ketika itu? sedang Rasulullah hanya pekerjanya yg x punya harta? kalaulah sekufu itu pada pangkat keturunan, mana mungkin Rasulullah mengahwinkan Zaid bin Harithah yang berpangkat hamba sahaya dgn Zainab Binti Jahsy yang merdeka.

sungguh SEKUFU dalam Islam itu diukur pada keimanan, keperibadian dan keislaman seseorang..bukan pada selainnya yang berunsurkan material dan fizikal..
lalu..aku katakan kepada Tuhan ku..

“Ya Allah..sekiranya dia baik bg ku, permudahkanlah urusan perkahwinan kami, sekiranya tidak, maka jauhkan lah dia dariku, ya Allah , ketahuilah, aku menerimanya hanya kerana-Mu..aku ingin berkahwin dengannya demi menjaga kehormatan ku, dan menjauhi larangan-Mu, berkatilah perhubungan ini ya Allah...”

Credit to: UKM Confession

Read. Learn. Love.

Saturday, 24 January 2015

Allah, Jagakan Dia Untukku~

Bismillah. Salam 'alaik.

Ya Allah,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku.
Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih daripada segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu.
Wajah kacak dan daya tarikan fizikal tidaklah penting.
Yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai kepada Engkau.
Dan dia haruslah mengetahui untuk siapa dan mengapa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.


Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku.
Seorang lelaki yang bukan hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.


Seorang yang mencintaiku bukan kerna kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu & situasi.
Seseorang yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sebelahnya.


Aku tidak meminta seseorang yang sempurna,
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimata-Mu.
Seorang lelaki yang memerlukanku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.


Dan aku juga meminta:
Jadikanlah aku seorang perempuan yang dapat membuatkan lelaki itu bangga.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu,
sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu,
bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-Mu yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu bukan dari luar diriku.


Berilah aku tangan-Mu sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatan-Mu sehingga aku dapat melihat banyak hal yang baik dalam dirinya,
dan bukan hal buruk sahaja.
Berikanlah aku kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat,
sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari,
dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi,
dan selalu memberikan semangat untuknya.


Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu,
Aku berharap kami berdua dapat mengatakan,
“Betapa besarnya Allah itu kerana Dia telah memberikan kepadaku,
seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan
Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.


 via Burhan Sodiq (Ya Allah, Jagalah Dia Untukku)


Read. Learn. Love.