Tuesday, 14 August 2012

Majlis khatam al-Quran~

Hari ini berkesempatan untuk menghadiri majlis khatam al-Quran.
Sesungguhnya suatu perkara yang indah pabila mendengar bacaan al-Quran dari kaum Adam.
Seperti mana yang kita tahu bumi kian hilang kaum Adam yang benar-benar beriman pada agama Allah. 
Bak kata ustaz Azhar Idrus "di akhir zaman ini, lelaki yang buta agama jumlahnya lebih banyak dari jumlah lelaki yang buta mata".

Buat kaum Adam dan Hawa, bacalah al-Quran. 
Al-Quran dapat memberi petunjuk ke jalan yang benar.
Alhamdulillah kesemua pelajar di bawah naungan Prof Bohari semuanya dapat menyeimbangkan dunia dan akhirat.

Al-Quran perlu dibaca setiap hari walaupun hanya sepotong ayat.
Jika kita tidak mendidik diri kita untuk membaca al-Quran siapa lagi yang akan mendidik diri kita.
Waktu kecil kita dihantar ke sekolah agama, fardhu ain dan sebagainya untuk lebih mengenali agama.
Tapi bila kita dah besar, masing-masing di universiti dengan kos yang bukan dalam bidang pengajian Islam.


Jadi, kita perlu mengambil inisiatif sendiri untuk lebih mengenali al-Quran.
Maka bacalah dengan kesedaran diri sendiri tanpa suruhan orang lain. 
Bacalah atas kerelaan hati dan demi Allah s.w.t.

Daripada Abu Ummamah Al-Bahili r.a. katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bacalah al-Quran! Kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang yang membacanya.
Bacalah dua surah yang bercahaya, iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran.
Kerana sesungguhnya keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua mega yang menaungi atau seperti dua awan yang melindungi di atas kepalanya atau seperti dua gerombolan burung yang bersaf-saf.
Kedua-dua surah itu akan membela pembacanya."

Last but not least, a page of Quran a day makes our life more beautiful and lovely. Insyaallah. Amin.

Read. Love. Learn. 

No comments:

Post a Comment