Wednesday, 24 October 2012

Setitik hitam~


Hati merupakan satu organ dalam tubuh manusia dan pada hati seseorang itu terletaknya niat. 

Maka, jangan melakukan sesuatu perkara yang boleh melalaikan hati dan jiwa sehingga membawa kita kepada lupanya Allah, lupa untuk menunaikan perintahNya. 


Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.


Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah). 



Sedihnya di saat hati telah hitam. Pabila hati hitam dan kotor, ia menjurus kepada hati yang keras.
Hati yang keras tidak langsung takut pada Allah dan sentiasa melakukan laranganNya, kurangnya iman. 

Bila iman dah semakin kurang/tiada akan berlakulah sesuatu perbuatan di luar batasan. Nauzubillah. 


Andai hari ini kita masih hidup, lakukan amal ibadah sebanyak yang mungkin kerana hari ini tak menjanjikan hari esok. Solat, berzikir, mengaji Al-Quran dan berdoa tanpa henti. 


Takkan nak tunggu tua baru nak berubah kan? Perubahan itu terletak pada diri seseorang. 
Bertaubatlah seperti matinya hari esok. 

Read. Learn. Love. 

No comments:

Post a Comment