Allah tak pernah memberi apa yang kita mahu. Sebaliknya DIA memberi apa yang kita perlu.
Sesungguhnya setiap rasa cinta itu pasti ada ujiannya. Tidak mudah untuk meraih seseuatu cinta yang membawa pengalihan cinta kita kepada Allah.
Kita tak dapat menghalang seseorang yang kita suka daripada melakukan apa yang kita tak suka. Namun, doa itu sentiasa tiada penghalangnya.
Andai kita tak mampu berkata, simpan saja di hati. Tapi jangan putus berdoa untuk mereka yang kita sayang. Kuasa doa itu luar biasa.
Moga satu hari nanti dia merupakan insan yang paling istimewa di mata dan hati ini dek sifat peribadinya yang berpegang kuat pada agamanya.
Pasangan yang baik itu anugerah. Tak perlu berserban mahupun berpurdah, cukuplah yang selalu membimbing kita ke jalan Allah. -Ustaz Don Daniyal-
Dan orang yang baik sebenarnya untuk mereka yang ingin berubah menjadi orang yang baik. Pengorbanan seseorang yang baik itu pasti ada ganjarannya. Kalau bukan di dunia, pasti di akhirat sana.
Read. Learn. Love.
No comments:
Post a Comment