Thursday, 28 February 2013

Solat Tiang Agama~

Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (Al-Ankabut: 54)

Solat itu mencegah dan melindungi kita dari berbuat kejahatan atau melakukan perkara-perkara keji dan mungkar.Bila mana kita lupakan Allah dan tidak melaksanakan solat, maka Allah juga akan melupakan kita dan dengan mudah kita terpengaruh untuk berbuat kejahatan.

Hati kita juga pasti kotor jika tidak solat dan susah untuk melakukan perkara-perkara yang baik serta sukar meninggalkan perkara-perkara yang buruk. Jangan biar hati menjadi hitam. Kawal nafsu. Kawal segala keinginan yang boleh mendatangkan keburukan dalam hidup.

Jagalah solat. Jagalah iman. Jagalah hati. Jagalah hubungan kita dengan Allah sebelum kita menjaga hubungan kita dengan manusia. Dan letakkan rasa kecintaan pada Allah melebihi rasa cinta pada manusia.

Jangan pernah jadi manusia yang rugi di dunia. Kejar pahala. Seimbangkan dunia dan akhirat. In shaa Allah bahagia menanti di sana jika bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah yang diperintahkan oleh Allah.

Read. Learn. Love. 




Wednesday, 27 February 2013

La Tahzan Part 1.

Tinggalkanlah tipu muslihat untuk mengubah bencana. Hancurnya tipu muslihat adalah dengan meninggalkannya. 

Sedarlah bahawa pilihan Allah S.W.T. adalah yang terbaik.
......boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu. (Al-Baqarah:216)

Menunggu ganjaran dan pahala dari sisi Allah S.W.T.
.....sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar: 10)

Read. Learn. Love.

Tuesday, 26 February 2013

#Reminder

Perhaps you hate a thing and it is good for you and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah knows, while you know not. [Al-Baqarah 2:216]

Read. Learn. Love. 

Monday, 25 February 2013

Santapan Minda~

Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata-kata kerana ia dibungkus dengan gula-gula yang lebih manis dari racun. 

Read. Learn. Love. 

Don't Be Sad :')

Don't be sad if Allah separates you from something or someone you love. If only we knew what HIS plans were for us, our hearts would melt with the warmth of HIS love.

Read. Learn. Love.

Sunday, 24 February 2013

Rindu Itu....

Saat rindu bertamu di hati, cukuplah dengan menyalurkan rasa rindu itu melalui doa di setiap sujudku dan menjagamu melalui Allah. 

Hanya doa penghubung terbaik di antara jarak dua hati :')

Read. Learn. Love. 

Saturday, 23 February 2013

Titisnya Air Mata~

Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik. Air mata manusia sentiasa menitis disebabkan hati yang disakiti atau dilukai. Dan air mata yang paling berharga adalah saat kita menangis mengenangkan dosa-dosa lalu.

Jadilah seorang yang selalu bersabar saat tertekan, tersenyum saat hati menangis, berdiam saat dihina dan bersahaja dalam memaafkan. Allahu Rabbi.

Read. Learn. Love.

Friday, 22 February 2013

Bila Dosa Jadi Biasa?

Bila dosa jadi biasa...
Hilang rasa gelisah pada Yang Maha Esa...
Bila dosa jadi biasa...
Hilang rasa malu dalam jiwa...
Bila dosa jadi biasa...
Titik hitam sudah tidak dapat dikesan...
Di dalam hati yang bersarang noda...
Bila dosa jadi biasa...
Maksiat makin melata tak kira tempat dan masa...
Bila dosa jadi biasa...
Semua yang haram dipandang indah di mata manusia...

Nukilan: Pencinta Ilahi/Roslee Bin Mahat
Read. Learn. Love.

Renungan~

Siapa pun awak di masa lalu, itu takkan menghalang awak untuk menjadi seorang muslim/muslimah yang lebih baik pada masa akan datang.

Read. Learn. Love.

Thursday, 21 February 2013

Bait-Bait Doa....

Ya Allah sesungguhnya aku bertahan dengan dugaanMu. Berikan aku secebis kekuatan untuk aku bernafas di atas muka bumi ini. Ya Allah andai aku kehilangan harapan dan tujuan, berikan aku keyakinan bahawa perancanganMu adalah sebaik-baik perancangan.

Andai mata boleh bicara, pasti dia sudah berkata penat untuk menangis. Andai hati bisa berkata, pasti dia sudah penat untuk bertahan.

Ya Allah, hanya padaMu aku berserah. Tiada daya dan kekuatan melainkan denganMu. Hanya doa penitip rasa. Hanya al-quran penyejuk dan penenang jiwa. Hanya solat hubungan kasih sayangku bersamaMu. Amin Ya Rabb.

Read. Learn. Love.

Wednesday, 20 February 2013

Words~

I'm sick of having a fake smile for everyone and for once in my life I wanna sit down and just cry and feel that it's okay. 

Read. Learn. Love. 

Tuesday, 19 February 2013

#Sabar

Sabar itu memang sakit di awalnya.

Dengan kesabaranlah dapat mendidik jiwa untuk lebih kuat dalam menghadapi liku-liku hidup di dunia ini.

Dan setiap kesabaran itu pasti berakhir dengan sebuah kemanisan.

“O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient.” (Qur’an, 2:153)

Read. Learn. Love.

Sunday, 17 February 2013

Demi Allah ♥

Ada satu ketika aku rasa diri ini selemah-lemahnya. 


Hilang semangat. 


Tak sanggup lagi untuk hadapi semua ujian hidup. 


Tapi ku bangkit semula demi Allah. 


Ku bisik pada diri 'Allah uji kerana Allah sayang'. 


Read. Learn. Love. 

Saturday, 16 February 2013

Matters~

When a girl is quiet, million of things are running in her mind.

When a girl stares at you not because you're handsome but she's wondering why you are lying and at the same time you keep saying your love to her but actually you don't.

Why don't you tell her the truth and just leave her in peace.

Read. Learn. Love.

Friday, 15 February 2013

#True

A man has two options in a relationship, either STAND UP and be the man she needs or SIT DOWN so she can see the man behind you. 

Read. Learn. Love. 

Thursday, 14 February 2013

Diari Hati...

Diari hatiku tercatat di sini.
Saat ku jatuh tak dapat ku bayangkan betapa deritanya hidup.
Namun kuasa Allah itu jauh lebih besar.
Dia yang bangkitkan semula diri ini.
Tinggalkan kenangan lalu, bertatih semula mencapai setiap satu kejayaan.
Semakin hari dipendam, semakin derita jiwa ini.
Aku bertahan hanya demi Allah. Demi Allah.
Biar berjuta luka yang terpalit di hati, aku percaya di akhirnya pasti ada sebuah kemanisan. 
Amin Ya Rabb.

Read. Learn. Love.

Tak tercapai akalku~

Dalam hidup ini lelaki dan perempuan sungguh berbeza. Dicipta dengan watak yang berbeza-beza. 


Bagi Adam itu biasa bagi Hawa itu satu kesalahan. Bagi Adam itu hanya suka-suka tapi bagi Hawa ianya serius. Bagi Adam itu sekadar mainan tapi bagi Hawa itu sebuah kenyataan.


 Sungguh unik ciptaan Allah sehingga tidak tercapai akal manusia untuk berfikir. 


Tiada jawapan terhadap segala persoalan-persoalan itu melainkan berserah pada-Nya. Segalanya harus kembali pada Allah. 


Read. Learn. Love.