Thursday, 21 February 2013

Bait-Bait Doa....

Ya Allah sesungguhnya aku bertahan dengan dugaanMu. Berikan aku secebis kekuatan untuk aku bernafas di atas muka bumi ini. Ya Allah andai aku kehilangan harapan dan tujuan, berikan aku keyakinan bahawa perancanganMu adalah sebaik-baik perancangan.

Andai mata boleh bicara, pasti dia sudah berkata penat untuk menangis. Andai hati bisa berkata, pasti dia sudah penat untuk bertahan.

Ya Allah, hanya padaMu aku berserah. Tiada daya dan kekuatan melainkan denganMu. Hanya doa penitip rasa. Hanya al-quran penyejuk dan penenang jiwa. Hanya solat hubungan kasih sayangku bersamaMu. Amin Ya Rabb.

Read. Learn. Love.

No comments:

Post a Comment