Friday, 29 March 2013

Solat Jumaat.

Solat itu tiang agama. Yang membezakan seorang muslim itu beriman ataupun kufur hanyalah melalui solat. Barangsiapa yang mendirikan solat, maka dia mendirikan agamanya. Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agamanya.

"Sesungguhnya hari Jumaat ialah kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, dan ia lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri.." (Hadits riwayat Ibnu Majah)


Sembahyang fardhu Jumaat DIWAJIBKAN (fardhu ‘ain) ke atas setiap lelaki Islam yang merdeka, baligh, berakal, bermuqim dan tidak ada keuzuran. Kewajipan mengerjakannya ada disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam al-Qur’an, sebagaimana firmanNya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al-Jumu‘ah: 9)

Sebenar-benar lelaki adalah dia yang pantas mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. 

Read. Learn. Love. 

Thursday, 28 March 2013

Allahu Rabbi~

Pada saat kita merasakan kita terbeban dan tidak punya siapa di sisi, pada saat itulah Allah sedang memerhatikan kita dengan penuh rasa kecintaanNya. 

Read. Learn. Love.

Monday, 25 March 2013

#Hikmah

Hikmah kehilangan orang yang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan sepenuh pergantungan kita hanya pada Allah.

Read. Learn. Love.

Saturday, 23 March 2013

Oh Bulan~

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang di dalam mimpimu


Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti

Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu nanti

Read. Learn. Love. 



Friday, 22 March 2013

Untuk Hawa ♥

Martabatkan cintamu, pelihara maruahmu, bataskan ikhtilatmu, teguhkan imanmu serta solehahkan dirimu untuk dia yang bergelar zauj.


Read. Learn. Love. 

Thursday, 21 March 2013

#Quote

Di antara cinta dan setia, pilihlah setia kerana ia lebih membahagiakan kerana kesetiaan itu lebih tinggi nilainya berbanding rasa cinta. 

Read. Learn. Love. 

Wednesday, 20 March 2013

Battle Scars....

Not all scars show. 
And the scars you can't see are the hardest to heal. 
Not all wounds heal. 
And sometimes you can't see the pain that someone feels.


Never be ashamed of a scar. 
It simply means you were stronger than whatever tried to hurt you. 

Read. Learn. Love. 

Tuesday, 19 March 2013

Perempuan Itu~

Seorang perempuan yang telah mencapai kematangan umur dan fikiran, dia tidak lagi memandang paras rupa, harta mahupun pangkat. Cukuplah lelaki yang berpegang pada al-quran dan sunnah. Cukuplah lelaki yang sejuk dipandang dengan mata hati. Cukuplah lelaki yang bila dipandang hatinya menjadi tenang dan jiwanya menjadi lembut bak sutera.

Yang dipandangnya adalah hati lelaki itu yakni seorang lelaki yang boleh membawanya ke jalan yang benar, yang boleh memimpinnya ketika dia tersasar jauh, dan yang boleh menambahkan keimanan dan kecintaannya pada Allah. Yang boleh menemaninya ketika dia sedih mahupun gembira.


Yang dipandangnya adalah lelaki yang punya rasa tanggungjawab. Lelaki yang menitik beratkan soal agama. Lelaki yang menjadikan masjid itu rumah keduanya. Lelaki yang sentiasa memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran di setiap malam-malamnya. Lelaki yang setia dengan pasangannya. Lelaki yang mampu menjaga batas-batas pergaulannya dengan perempuan yang bukan mahramnya.

Tidak mudah untuk meraih kebahagiaan hidup. Maka, berubahlah menjadi seorang yang baik sebelum memilih yang terbaik. Berdoalah moga kita diberi pasangan yang baik dan cenderung untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

Read. Learn. Love.

Monday, 18 March 2013

Cinta & Doa ♥

Sesungguhnya..."Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu dan jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.." (Imam Nawawi)


Read. Learn. Love.

Sunday, 17 March 2013

The Look.

Looking back, makes me smart. Looking forward, makes me mature. Looking down, makes me wise. Looking up, makes me strong. 

Read. Learn. Love. 

Saturday, 16 March 2013

Wanita dan Air Mata~

Kenapa wanita mudah mengalirkan air mata? Mudah tersentuh jiwanya? Mudah merajuk? Mudah rasa cemburu?

Allah menciptakan setiap hati wanita itu lemah dan lembut. Hati seorang wanita itu rapuh bak kaca. Namun setiap wanita punya kekuatan yang luar biasa, yang dapat mengatasi segala hal yang tak tercapai dek akal manusia. Sungguh indah ciptaan Allah. Subhanallah :')

Air mata wanita adalah air mata kehidupan. Air mata ketabahan. Air mata kekuatan. Air mata kesucian. Air mata yang bersumber dari mata air kehalusan perasaan ketika bersentuhan dengan perkara-perkara yang menyentuh jiwa nurani mereka.


Di sebalik kelembutan seorang wanita, tersimpan sebuah kekuatan. Di sebalik keayuan seorang wanita tersemat sebuah ketabahan hati.

Tanpa kesedihan kita tidak akan belajar erti kebahagiaan. Kesedihanlah yang membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan. Ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa.

Read. Learn. Love.

Friday, 15 March 2013

This Girl.

This girl who hide her fears, hurt, pain and tears behind the smile.

This girl who will never stop making dua and hoping that everything will be fine in the end.

This girl who fall asleep with her pillow while crying.

This girl who take life as easy as she can and hoping that someday it's gonna be better.

This girl who stay up all night over thinking every little thing.

This girl who always persuade herself to stay strong.

This girl who is able to learn her mistake from the past and put all the sadness aside.

And 'this' make her live till now. How strong she is :)

Allahu Rabbi.
Read. Learn. Love.

Wednesday, 13 March 2013

Cinta Dalam Doa ♥

Kita semakin jauh dan yang mendekatkan kita hanyalah sebuah doa. Allah mencipta jarak di antara kita kerana ianya pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.


Jarak ini bukan untuk menghukum dirimu dan diriku tetapi ia untuk menjaga aku dan diri kamu. Cukuplah aku mencintaimu dengan menyalurkan doa-doa di setiap sujudku dan menjagamu melalui Allah.


Read. Learn. Love. 

A Short Dua :')

Dear Allah, help me to understand that difficult times can make me stronger in the end, even though it may not seem easy to be handled.


Read. Learn. Love.

Tuesday, 12 March 2013

Ultimate Truth~

The truth brings tears, but lies cause the pain. And sometimes tears are a sign of unspoken happiness and a smile is sign of silent pain.


Read. Learn. Love.

Monday, 11 March 2013

Cinta ♥

Dalam mencintai jangan jadi yang paling terbaik tapi jadilah yang paling ikhlas. Kerana menjadi yang terbaik memaksa kita untuk berpura-pura, sedangkan menjadi paling ikhlas mengajar kita untuk bersederhana.


Read. Learn. Love.

Sunday, 10 March 2013

Choose Wisely!

Neraka itu pahit, tapi jalan menujunya sangat manis. Syurga itu manis, tapi jalan menujunya sangat pahit. Apakah pilihan kita? Syurga atau neraka?

Yang jalan menujunya pahit tapi syurga ganjarannya atau yang jalan menujunya manis tapi neraka tempatnya.

Jadilah manusia yang melakukan apa sahaja demi Allah, yang sentiasa berpaut dengan agama Allah, yang kekuatannya hanya pada Allah.

Jangan jadi manusia yang sia-sia. Melakukan perkara yang sia-sia di dunia, yang tak boleh dijadikan aset di akhirat sana. Kita di dunia ingin mengumpul pahala sebanyak mungkin.


Manusia tak pernah kering dengan dosa maka tampunglah setiap dosa itu dengan amal ibadah. In shaa Allah, Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya ke jalan yang benar andai niat kita ingin berhijrah.

Hidup ini hanya sekali. Sedarlah sebelum waktunya. Jangan pernah sia-siakan masa hidup. Seimbangkan dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka". Maka berusahalah untuk berubah.

Read. Learn. Love.


Saturday, 9 March 2013

This Is She~

She comes off as strong, but maybe she fell asleep crying. She acts like nothing is wrong, but maybe she's just really good at lying.


Read. Learn. Love.

Be Patient.

If Allah takes away something away from you, be patient, as something BETTER is awaiting you. Good things come to those who wait. Indeed Allah is with those who are patient. 

Patient with others is love. Patient with self is hope. Patient with Allah is faith. 

Read. Learn. Love. 

Friday, 8 March 2013

#Ponder.

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa padaNya. 

Maka bertaubatlah sebelum waktunya. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya. Sesungguhnya Allah itu maha menerima taubat dan maha pengampun.

Read. Learn. Love. 

Thursday, 7 March 2013

Sometimes~

Kadang-kadang ada satu ketika di mana aku terpaksa membiarkan semuanya berlalu dan meletakkan sepenuh pergantungan diri hanya pada Allah.

Aku lemah tidak berdaya. Tak mampu melawan segala masalah ini. Hanya sanggup berhadapan dengan air mata dan doa yang tak pernah putus dari bibir tiap kali dahi menyentuh sejadah.

Kekecewaan itu tak pernah terhenti selagi nadi ini masih berdenyut. Sesungguhnya tiap-tiap kekecewaan itu pasti diubati dengan sebuah keindahan bila tiba waktunya. Janji Allah itu pasti :')

Read. Learn. Love.


Wednesday, 6 March 2013

Live Life.

When you fully trust a person without any doubt, you finally get one of the two results. A person for life or a lesson for life. 

Read. Learn. Love. 

Tuesday, 5 March 2013

Words~

Cheating on a girl is deeper than people realize. It destroys her outlook on love, her future relationships, and her peace within herself.


So guys, be honest and loyal. Loyalty is rare. If you can do it, you're the best man.

Read. Learn. Love.

Monday, 4 March 2013

#Quotes

"Sometimes the worst thing that happens to you, the thing you think you can't survive. It's the thing that makes you better than you used to be." -Jennifer Weiner-

Read. Learn. Love. 

Sunday, 3 March 2013

Hari Ini Milik Anda~

"Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi."

"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu, esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."

Read. Learn. Love.

Saturday, 2 March 2013

#ItsTrue

Blink away the tears, walk forward. Even if the first step hurts, believe that everything will be okay because someday it will. 

Read. Learn. Love. 

Sometimes.....

Sometimes the heart doesn't know what it wants till it finds what it wants. And sometimes we don't realize how strong we really are until being strong is the only option we have.

Read. Learn. Love. 

Friday, 1 March 2013

Yang Lalu, Biarlah Berlalu~

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya.

Bagi orang yang berrfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya.

Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir. 

Read. Learn. Love. 

Al-Kahfi....

Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya. (H.R Baihaqi)

Luangkan sedikit masa untuk membaca surah ini. Banyak fadilatnya. Hanya seminggu sekali yakni hari Jumaat. Yang Adam solat Jumaat, yang Hawa banyakkan membaca al-Quran. Jiwa terdidik, pahala bertambah. In shaa Allah.

Read. Learn. Love.