Sunday, 10 March 2013

Choose Wisely!

Neraka itu pahit, tapi jalan menujunya sangat manis. Syurga itu manis, tapi jalan menujunya sangat pahit. Apakah pilihan kita? Syurga atau neraka?

Yang jalan menujunya pahit tapi syurga ganjarannya atau yang jalan menujunya manis tapi neraka tempatnya.

Jadilah manusia yang melakukan apa sahaja demi Allah, yang sentiasa berpaut dengan agama Allah, yang kekuatannya hanya pada Allah.

Jangan jadi manusia yang sia-sia. Melakukan perkara yang sia-sia di dunia, yang tak boleh dijadikan aset di akhirat sana. Kita di dunia ingin mengumpul pahala sebanyak mungkin.


Manusia tak pernah kering dengan dosa maka tampunglah setiap dosa itu dengan amal ibadah. In shaa Allah, Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya ke jalan yang benar andai niat kita ingin berhijrah.

Hidup ini hanya sekali. Sedarlah sebelum waktunya. Jangan pernah sia-siakan masa hidup. Seimbangkan dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka". Maka berusahalah untuk berubah.

Read. Learn. Love.


No comments:

Post a Comment