Something for us to ponder.
Isu hantaran itu tidak pernah ada noktahnya. Bila mana seseorang hawa itu berpendidikan tinggi, asalnya dari keluarga yang berada dan wajahnya persis bidadari pasti hantarannya tinggi menggunung dan kendurinya begitu gah sekali. Kenapa dan mengapa?
Hantaran yang tinggi tidak pernah menjamin kebahagiaan seseorang itu. Yang pentingnya ilmu agama yang ada dalam diri seseorang itu kerana itu yang mempertahankan kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Namun, ada juga hawa yang mahukan hantaran yang biasa-biasa tapi harus akur dengan kehendak keluarga yang meletakkan hantarannya yang tinggi. Tapi harus ada jalan penyelesaiannya supaya tidak membebankan pihak yang satu lagi.
Seandainya kedua-dua belah pihak itu mampu dan langsung tidak membebankan mana-mana pihak terpulanglah pada individu itu. Namun, harus diingatkan bahawa ini hanya dunia. Tidak perlu dibanggakan dengan harta dunia kerana segalanya milik Allah :)
Read. Learn. Love.