Saturday, 31 August 2013

#Reflection

Buang jauh-jauh rasa putus asa itu....
Buang jauh-jauh rasa kecewa itu....
Buang jauh-jauh rasa sedih itu....
Buang jauh-jauh rasa keseorangan itu....

✔ Ukirlah senyuman dikala kesepian...
✔ Ukirlah senyuman dikala air mata bercucuran...
✔ Ukirlah senyuman dikala dirasakan diri lelah...
✔ Ukirlah senyuman dikala dirasakan kasih-Nya melebihi segala..

Read. Learn. Love.

Thursday, 29 August 2013

Air Mata Yang Tidak Dituntut :')

• Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Allah yang telah menentukannya?

• Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Allah tetapkan.

• Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

• Janganlah menangis jikalau wang kita hilang di jalanan mungkin kita kurang bersedekah pada yang memerlukan.


Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Ilahi.

Serulah air matamu itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi wajahmu serta mensucikan hati agar putih kembali. Mudah-mudahan ia juga meleburkan dosa-dosa dan mendapat keampunan dari Ilahi.

Read. Learn. Love.

Sunday, 25 August 2013

#Ponder

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong.

Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah. Saidina Ali bin Abi Talib.

Read. Learn. Love.

Thursday, 22 August 2013

Husnuzon~

Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa Allah S.W.T. berfirman :

"Aku adalah seperti sangkaan hamba-KU terhadap Aku...."

Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim.

Bersangkalah baik terhadap Allah SWT kerana sesungguhnya Allah adalah seperti sangkaan kita terhadapNya. Sekiranya kita merasakan Allah SWT sangat penyayang, maka Dia lah yang Maha Penyayang.

Read. Learn. Love.

Wednesday, 21 August 2013

Kata-Kata Indah....

Hasbunallah wanikmal wakil
Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami

La Tahzan Innallaha Ma'ana
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita


Innallaha ma'asshobirin
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar

Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian kerana Allah akan senantiasa ada menjadi petunjuk, penenang, tempat bersandar dan pengubat luka.

Read. Learn. Love.

Monday, 19 August 2013

Duhai Lelaki~

Jika benar kau kasih dan cinta wanita itu :

-Bawalah dia ke jalan Allah,
-Nasihatilah dia,
-Perbetulkan kesilapannya,
-Jagalah dia dengan baik,
-Kasihanilah dia,
-Lindungilah dia,
-Berilah kasih sayang padanya,
-Hargailah dia,
-Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
-Bersabar dengannya,
-Terimalah dan cintailah kekurangannya,
-Jadi imam terbaik & redhalah padanya

*Dia tidak sempurna dan anda juga tidak sempurna.

Read. Learn. Love.

Sunday, 18 August 2013

#Marriage

Tiada yang terlihat lebih indah oleh dua orang yang menjalinkan cinta selain dengan perkahwinan.
(HR Ibnu Majah, Hakim dari Ibnu Abbas)


Read. Learn. Love.


Saturday, 17 August 2013

Doa Duduk Antara Dua Sujud.

Doa yang bermakna bagi seorang yang bertauhid.

✔ Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
✔ Warhamnii (Rahmati aku)
✔ Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
✔ Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
✔ Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
✔ Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
✔ Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
✔ Wa’fuannii (Maafkan aku)

Read. Learn. Love. 

Friday, 16 August 2013

Eid Mubarak ♥

Last year, we celebrate Eid-Fitr in Sekinchan, Selangor (our village). But this year we just celebrate 'raya + holiday' at our hometown, Penang. We enjoy this moment together with the whole family members. Love.

 mummy and daddy.

 with my little niece, aufa nabihah.

 family.

sister's family.

 family.

 sisters.

 family.

sisters.

 siblings.

sisters.

Last but not least, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Wishing you and your loved ones a blessed Eid :)

Read. Learn. Love. 


Saturday, 10 August 2013

#Ponder

Doing something that does not bring you closer to Allah is a waste of time.

Read. Learn. Love.

Sunday, 4 August 2013

Doaku Hari Ini~

Doaku hari ini:

Ya Allah,
Sekiranya hati ini telah dikotori, sucikanlah.
Sekiranya hati ini telah dilukai, sembuhkanlah.


Ya Allah, ceriakanlah air mata yang mengalir dan kesedihan,
Kepada kebahagiaan yang berpanjangan.
Dan berikanlah kepada hati ini kekuatan untuk membalas setiap kebencian dengan kebaikan dan senyuman.

Read. Learn. Love.