• Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Allah yang telah menentukannya?
• Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Allah tetapkan.
• Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
• Janganlah menangis jikalau wang kita hilang di jalanan mungkin kita kurang bersedekah pada yang memerlukan.
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Ilahi.
Serulah air matamu itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi wajahmu serta mensucikan hati agar putih kembali. Mudah-mudahan ia juga meleburkan dosa-dosa dan mendapat keampunan dari Ilahi.
Read. Learn. Love.
No comments:
Post a Comment