Tuesday, 1 October 2013

Asas Pernikahan ♥

Jika asas pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga lemah.

Jika asas pernikahan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

Jika asas pernikahan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka jadi kedut dan badan jadi gemuk.

Jika asas pernikahan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat (anak) kepadanya.


Jika asas pernikahan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika pasangannya berubah tingkah laku.

Jika asas pernikahan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun,

Jika asas pernikahan kerana IBADAH kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Read. Learn. Love.

No comments:

Post a Comment