Bismillah...
Sesungguhnya terdetik di hati kecilku ini saat melihat dirinya...
Aku cemburu padanya bukan kerana kecantikannya mahupun keindahannya atau perhiasan yang ada pada dirinya...
Tapi...
Aku cemburu pada hijab yang membaluti tubuhnya sepenuhnya dan sifat-sifat dalam dirinya yang dipenuhi dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
Sungguh Ya Allah, setiap kali aku melihat dirinya aku malu pada diriku sendiri yang terlalu banyak kesan hitam pada hati, yang terlalu banyak dosa yang tak dapat diungkapkan...
Aku cemburu kerana aku tahu pasti ramai yang menyayanginya dek sifat terpuji yang ada pada dirinya...
Dan kerana kasih sayang Allah padanya membuatkan aura terpancar pada wajahnya...
Aku cemburu kerana aku tahu ramai lelaki-lelaki 'soleh' dan lelaki-lelaki 'baik' yang mendambakan dirinya dan mengejar dirinya untuk dijadikan seorang isteri...
Tak seperti diriku, hanya perempuan biasa dan serba kekurangan...
Aku cemburu padanya kerana aku juga pernah menyimpan hasrat untuk menjadi wanita solehah yang seindah perhiasan dunia...
Aku sedar diriku tak mungkin jadi sepertinya seandainya aku tak pernah berusaha untuk terus memperbaiki diriku yang kadangkala sesat di jalan Allah...
Aku sedar diriku tak layak untuk jadi sepertinya seandainya aku tidak memperbaiki akhlak dan akidahku serta tidak menjalankan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi semua laranganNya...
Doakan aku agar satu hari nanti aku terpanggil untuk mengikuti jejaknya, menjadi wanita muslimah dan mendapat hidayah serta petunjuk dariNya.
Doakan aku agar aku juga layak menjadi perhiasan yang terindah di dunia dan menjadi bidadari yang menghiasi taman-taman syurgaNya kelak. Amin Ya Rabb.
Read. Learn. Love.
No comments:
Post a Comment