Saturday, 6 December 2014

Hasrat Hati ♥

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.

Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tapi jujur, aku juga punya keinginan seperti gadis lain.

Bila dilamar lelaki yang boleh membawaku ke Syurga, memimpinku ke arah Yang Satu.

Bukan harta yang ku inginkan, tapi sandaran agama yang ada dalam dirimu yang aku perlukan.

Semoga Allah swt mengizinkanku menjadi tiang seri atau sandaran perjuanganmu kelak.

Read. Learn. Love.

Tuesday, 14 October 2014

Soal Taubat~

By: DrMAZA.com

Secebis ilmu untuk perkongsian bersama. Moga bermanfaat buat kita semua. 

MASIHKAH ADA TAUBAT BAGI DOSA YANG BERULANG?

Soalan: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?
Safwan, Melaka.

Jawapan Dr MAZA: Saudara, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus. Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: 
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ (135) أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ (136)
(maksudnya): “Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136). Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah. Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.

5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda: 
أَذْنَبَ عَبْدٌ ذَنْبًا فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَذْنَبَ عَبْدِي ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ فَقَالَ أَيْ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَبْدِي أَذْنَبَ ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ فَقَالَ أَيْ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَذْنَبَ عَبْدِي ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ اعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ
"Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu in, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: 
قُلْ يَاعِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
(maksudnya): “Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: 
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
(maksudnya) "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8). Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: 
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
(maksudnya) “dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28). 
Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi: 
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, katanya hasan gharib. Ia juga dinilai hasan oleh al-Albani dan al-Arnaut).


Read. Learn. Love. 

Friday, 5 September 2014

Niat Dalam Pernikahan ♥

Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yg menikahi seorang perempuan kerana kemuliaannya, maka ALLAH tidak akan menambahkan untuknya kecuali kehinaan.

Barangsiapa menikah kerana harta, maka ALLAH tidak akan menambah untuknya kecuali kefakiran.

Barangsiapa menikah kerana keturunan, ALLAH tidak akan menambah untuknya kecuali kerendahan.

Barangsiapa menikah kerana tidak menginginkan sesuatu, kecuali untuk menundukkan pandangan, menjaga diri dari perzinaan, atau semata mahabbah (rasa cinta) kepada ALLAH (melaksanakan perintah ALLAH dan sunnah Rasul), maka ALLAH pasti memberi keberkahan kepada keduanya.” (HR Thabrani)

Read. Learn. Love.

Monday, 14 July 2014

Motivating Moment.

Sometimes the strongest people are the ones who love beyond all faults, 
Cry behind closed doors,
And fight battles that nobody knows about.


Read. Learn. Love. 

Sunday, 27 April 2014

Buat Dirimu & Diriku......

Jika landasan pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika pelayanan di kamar tidur tidak memuaskan.

Jika landasan pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan akan berpisah saat diri tidak punya wang.

Jika landasan pernikahan adalah kerana TUBUH, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keriput atau badan jadi gendut.

Jika landasan pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

Jika landasan pernikahan adalah kerana KEPRIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika landasan pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI.

Jika landasan pernikahan adalah kerana IBADAH kepada Allah, sesungguhnya Allah itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluknya.

Allah mencintai hambanya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai Allah.

Read. Learn. Love.

Friday, 25 April 2014

Q.O.T.D.

Saat harus memilih, pilihlah jodoh dengan dua cara.
Pertama, jadilah orang baik. Insyaallah kita akan mendapat jodoh yang baik. 


Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. 
Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita .

Read. Learn. Love. 

Wednesday, 23 April 2014

Secebis Doa~

Sahaja aku mencintaimu kerana Allah.

"Ya Allah, kurniakanlah kami cinta orang-orang yang mencintaiMu agar bertambah kecintaan kami kepadaMu. Amin Ya Rabb."

Read. Learn. Love.

Saturday, 12 April 2014

Doa Buatmu ♥

Dalam bisikan doa, ada segaris nama yang ku mohon pada Allah.

Seandainya benar dia, semoga Allah permudahkan semua.


Ku sampaikan salam rindu,
Moga kamu baik-baik saja.

Dan moga Allah menjaga kamu, sepertimana DIA menjaga aku.

Read. Learn. Love.

Friday, 11 April 2014

Tentang Kita~

Jika benar berjodoh, tiada siapa boleh menghalangnya.

Dan jika benar takdir, tiada apa yang dapat mengubahnya.

Yang penting redha.

Read. Learn. Love.

Wednesday, 9 April 2014

#Ponder

Allah's plans are better than our dreams. 


Read. Learn. Love. 

Tuesday, 8 April 2014

Golden Advice!

Never trust your tongue when your heart is bitter. 

Read. Learn. Love. 

Monday, 7 April 2014

Impianku ♥

Impian duniaku tertulis di sini.  


Read. Learn. Love. 

Saturday, 5 April 2014

Ubat Penenang Hati.

1. Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan Allah.

2. Latih hati sentiasa ingat, Allah memberi pahala kepada kita setiap kali kita diumpat.

3. Latih hati sentiasa bergantung dengan Allah dan tidak terlalu mengharapkan manusia.

4. Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat dari Allah.

5. Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun dari Allah.

Read. Learn. Love.

Thursday, 3 April 2014

#Doa

Ya Allah, jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu".


Read. Learn. Love. 

Wednesday, 2 April 2014

Jika Itu Takdirku~

Bila cinta adalah nafas, ku ingin hidup seabad.
Bila cinta adalah keindahan, ku ingin selalu melihatnya.

Bila cinta adalah luka, ku tak peduli seberapa pahitnya.
Dan bila cinta adalah air mata, ku akan tetap tersenyum walaupun dalam duka.

Jika ini takdirku, aku ikhlas untuk setiap takdirMu.

Read. Learn. Love.

Friday, 28 March 2014

Doa Pagi Jumaat.

Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, bakal imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, rupa yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar. Amin.

Read. Learn. Love.

Monday, 24 March 2014

Sunday, 23 March 2014

Jujur Itu Indah~

"Orang yang suka bercakap jujur, dia akan mendapat tiga perkara: kepercayaan, cinta dan rasa hormat."

-Saidina Ali Abi Talib-

Read. Learn. Love. 

Saturday, 22 March 2014

#Doa

"Allahu Rabbi Laa syarikalah."


Read. Learn. Love. 


Friday, 21 March 2014

Doa Pendekat Jodoh ♥

Ya Allah, jadikanlah aku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah aku dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan.

Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya. 

Read. Learn. Love. 

Thursday, 20 March 2014

Trust.

Trust. Take years to build, seconds to break and forever to repair. 


Read. Learn. Love. 

Wednesday, 19 March 2014

#KhadimulQuran

Pada saat manusia membencimu tanpa alasan yang jelas, ingatlah Allah menyayangimu tanpa syarat.

Read. Learn. Love.

Monday, 17 March 2014

To Ponder...

''Aku mencintai orang yang soleh, walaupun aku bukan daripada kalangan mereka, aku membenci orang yang melakukan maksiat, sekalipun aku pernah melakukannya.''

- Imam As Syafie -

Read. Learn. Love.

Sunday, 16 March 2014

Saturday, 15 March 2014

#Doa

Ya Allah, grant me someone who will hold my hand to Jannah.

Read. Learn. Love.

Friday, 14 March 2014

Don't Give Up~

The beginning is always the hardest. 


Read. Learn. Love. 

Thursday, 13 March 2014

#Ponder

"When someone does something wrong, don't forget all the things they did right."

Read. Learn. Love.

Wednesday, 12 March 2014

Together We Pray ♥

Miracles do happen everyday but if Allah wills. 


Read. Learn. Love. 

Tuesday, 11 March 2014

True Indeed.

Kesetiaan wanita diuji ketika kekasih/ suaminya tidak memiliki apa-apa.

Lelaki diuji ketika dia memiliki segalanya.

Read. Learn. Love.

Monday, 10 March 2014

Never Lose Hope~

Doa untukmu #MH370.


Ya Allah, 
Jika di laut, timbulkanlah...

Jika di langit, turunkanlah...
Jika di darat, tunjukkanlah...

Keep on praying for the flight passengers and crew members of MH370. 
May Allah keep them safe from any danger and harm. Amin.

Read. Learn. Love. 

Sunday, 9 March 2014

#PrayForMH370

Ya Allah, sesungguhnya yang di langit dan di bumi ini milikMu...
Apa yang berlaku adalah ketentuanMu...

Kami mohon kasih sayangMu ya Rabbi...
Berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang MH370 yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan...

Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu ditemui dan mudahkanlah untuk menemuinya...

Hanya kepadaMu kami berserah...
Dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan...
Amin...

Read. Learn. Love.

Saturday, 8 March 2014

Millions of Congratulations!

Shamsul memegang ubun-ubun Sarah dan membaca doa keberkatan sesuai sunnah dari hadis. 


Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Apabila salah seorang di antara kalian menikah maka hendaknya ia memegang ubun-ubunnya dan berdoa untuk mendapatkan berkat pada wanita (seraya) mengucapkan:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا جُبِلَتْ عَلَيْهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جُبِلَتْ عَلَيْهِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau berikan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.” (Sunan Ibnu Majah, no. 1908, Kitab Nikah)

Read. Learn. Love.

Friday, 7 March 2014

Q & A.

"Are you okay?" (always the same question)


"I'm fine." (always the same answer)

Read. Learn. Love. 

Thursday, 6 March 2014

Dear Allah....

Dear Allah, if today I lose my hope,
Please remind me that your plans are better than my dreams.

Read. Learn. Love.

Tuesday, 4 March 2014

#Quote

“Never let yesterday's disappointments overshadow tomorrow's dreams.”

Read. Learn. Love.

Monday, 3 March 2014

Sunday, 2 March 2014

To Ponder.

Jodoh yang baik tetap untuk yang baik walaupun sama-sama pernah jadi jahat.

Read. Learn. Love.

Saturday, 1 March 2014

Thursday, 27 February 2014

Pertama & Terakhir~

Menjadi cinta PERTAMA kepada seseorang adalah suatu yang HEBAT, tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR bagi seseorang itu adalah jauh lebih SEMPURNA.

Read. Learn. Love.

Tuesday, 25 February 2014

Hadis Nabi~

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya.

Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari." (Riwayat Muslim)

Read. Learn. Love.

Monday, 24 February 2014

Sunday, 23 February 2014

Hadis.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain."

(Hadis Riwayat at-Thabrani)

Read. Learn. Love.

Saturday, 22 February 2014

Reflection.

Let's try to be a better Muslim. May Allah guide us all.


Read. Learn. Love. 

Friday, 21 February 2014

Soft Reminder~

"Biarlah ibadahmu menjadi rahsiamu sebagaimana kamu merahsiakan dosamu..."

Read. Learn. Love. 

Thursday, 20 February 2014

#Pendosa

Untuk kita pendosa. Harapan masih ada. 


Read. Learn. Love. 

Wednesday, 19 February 2014

Let's Ponder!

Kita dihidupkan hari ini bukan untuk menyambung maksiat semalam.

Tapi untuk kembali mencari pengampunan daripada Allah.

Read. Learn. Love.

Sunday, 16 February 2014

This!

Kejayaan itu milik manusia BIASA yang berusaha secara LUAR BIASA. -PU Rahmat-

Read. Learn. Love. 

Saturday, 15 February 2014

#Ponder

Everyone wants to get married. But can you carry all the responsibility after marriage? 


Read. Learn. Love. 

Friday, 14 February 2014

Thank You Allah~

Ya Allah,
Ada saatnya aku bahagia, ada saatnya aku terluka.
Nafasku yang sederhana ini, lelah seketika.

Tetapi, Kau masih dakapku dengan cintaMu.
Indah, semangat berulang semula.

Walau air mata mengalir hiba, di sisiku Kau tetap ada.
Terima kasih ya Allah.

Read. Learn. Love.

Thursday, 13 February 2014

Demi Allah!

Selagi masih bertuhan. Selagi itu perlu bertahan.


Read. Learn. Love.

Wednesday, 12 February 2014

Sabda Rasulullah~

Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda:

“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Read. Learn. Love.

Monday, 10 February 2014

Islamic Reflection~

A real man will offer you marriage.
A loser will offer you 'zina'.

Read. Learn. Love.

Sunday, 9 February 2014

This.

She is hurting, a lot more than you think.


Read. Learn. Love. 

Saturday, 8 February 2014

Hurt Much~

Sometimes we expect more from others because we would be willing to do that much for them. 

Read. Learn. Love. 

Friday, 7 February 2014

#Broken

Sometimes it's better to be silent than to explain what we really feel. 


Read. Learn. Love. 

Thursday, 6 February 2014

Bangkit Dengan Hati Yang Kecewa.

"Si dia yang bangkit dengan hati yang kecewa.. Dan berusaha dalam derita sehingga berjaya.."

Kadang-kadang hidup tak seindah mimpi..
Kadang-kadang jalan tak semudah orang lain..
Kadang-kadang diri tak sebertuah orang lain..
Kadang-kadang kita perlu berjuang bersendirian..

Tapi jangan jadikan ia sebagai ALASAN untuk tidak berjaya..
Tukarkan kesukaran itu kepada JALAN..
Tukarkan kekecewaan kepada SEMANGAT..
Tukarkan derita kepada BAHAGIA..

Kerana ini jalan kita.. Fokus hanya pada jalan kita.. Sebab jalan manusia tak sama..
Jangan jatuh dan terus jatuh
Sebab kejayaan sebenar ialah KEBANGKITAN DARI KEGAGALAN DAN KEKECEWAAN..

Allah itu ada..
Mohonlah pada Dia..
Adalah lebih baik dari mengharapkan manusia..
Bergantung harap pada Dia dan berjuanglah untuk diri..

Bangkit dan terus bangkit..
Pandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang..
Simpan kesakitan dan kekecewaan jauh di lubuk hati..
Jangan biarkan rasa kecewa menghalang kita dari berjaya..

Sesungguhnya mereka yang bangkit dari kekecewaan dan derita, berjuang melalui jalan yang sukar.. kekuatan diri adalah LEBIH dari mereka yang melalui jalan mudah.. percayalah

-Master Nana Macarona-

Read. Learn. Love.

Wednesday, 5 February 2014

Solat~

Siapa yang tidak solat, tiada agama baginya.

Kalau orang melayu yang tidak solat, dia kekal melayu tetapi dia tidak Islam. (UAI)

Read. Learn. Love.

Tuesday, 4 February 2014

#Doa

Ya Allah, jadikanlah Al-Quran keindahan kalbuku, cahaya hatiku, penyembuh dukaku dan penghapus deritaku. Amin. 


Read. Learn. Love. 

Monday, 3 February 2014

Cinta ♥

Cinta adalah doa. Selagi ada doa, ada cinta.

Bukan kepada manusia saja, tapi pada yang Esa juga.

Read. Learn. Love.

Sunday, 2 February 2014

True Indeed!

Sometimes you have no shoulder to cry on, but you always have your forehead to put on the ground and cry to Allah. 


Read. Learn. Love. 

Saturday, 1 February 2014

February.

Yang terbaik selalunya datang lewat. Maka bersabarlah. Jangan pernah berhenti berdoa. 

Read. Learn. Love. 

Friday, 31 January 2014

Selawat Syifa'

Penawar segala penyakit.


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat berselawat ke atas baginda, 

akan menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit,

 serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.

Read .Learn. Love. 

Thursday, 30 January 2014

So True~

Pilihlah lelaki yang arif tentang hukum hakam agama berbanding lelaki yang suka menulis ayat-ayat cinta untuk menggoda. -BSN-

Read. Learn. Love.

Wednesday, 29 January 2014

#Doa


Ya Allah, anugerahkanlah pasangan yang jadi penyejuk mata & membawa kebaikan untuk kami. 


Read. Learn. Love. 

Tuesday, 28 January 2014

S.A.D.

Feels like I'm falling down and I am totally lost. 


Sick of crying. Tired of trying. I'm smiling but inside I'm dying. 

Read. Learn. Love. 

Monday, 27 January 2014

Hadis.

Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah. Dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah kepada Allah. [HR Tirmidzi]

Read. Learn. Love. 

Sunday, 26 January 2014

Ponder & Reflect~

Setiap kesabaran akan digantikan dengan kemenangan.

Setiap kedukaan akan digantikan dengan kebahagiaan.

Setiap perpisahan akan digantikan dengan pertemuan.


Setiap yang berakhir akan bertukar dengan permulaan.

Setiap kejadian pasti ada hikmah yang Allah berikan.

Read. Learn. Love.

Saturday, 25 January 2014

#Allah

Apa yang kita sayang, minta Allah jaga kerana DIA sebaik-baik penjaga. 

Read. Learn. Love. 

Friday, 24 January 2014

Q.O.T.D.

Sometimes she'll pretend to not care for you, just to see if you care for her.

Read. Learn. Love. 

Thursday, 23 January 2014

This.

Sekali aku dapat, aku takkan melepaskanmu.


Tetapi sekali aku melepaskanmu, aku takkan mencarimu lagi. 

Read. Learn. Love. 

Wednesday, 22 January 2014

#Pretend

Deep down I already know the truth. But I just pretend that it was okay. 

Read. Learn. Love. 

Tuesday, 21 January 2014

Indeed.

Air mata adalah satu-satunya cara bagaimana mata berbicara.

Ketika bibir tak lagi mampu menjelaskan apa yang telah membuatkan hatimu terluka. 

Read. Learn. Love. 

Monday, 20 January 2014

What Every Woman Deserves?

Every girl deserves a man who calls her baby, doesn't cheat or lie her.

Wipes her tears when she cries, doesn't make her jealous of other woman.


Instead makes other woman jealous of her, is not scared to let his friends know how he really feels bout her.

And let her know how much he really loves her.

Read. Learn. Love.

Sunday, 19 January 2014

Perfect Sayings!

Sebagaimana lelaki tidak mahu perempuan yang dia sayang berkawan dengan ramai lelaki, begitu juga perempuan tidak mahu lelaki yang dia sayang tidak berkawan dengan ramai perempuan.

Sebagaimana lelaki tidak mahu perempuan yang dia sayang memandang dan mengkagumi lelaki lain.
Begitu jugalah perempuan tidak mahu lelaki yang dia sayang memandang dan mengkagumi perempuan lain.

Jagalah tingkah lakumu. Kawallah cemburumu. Berbicaralah sekadar yang perlu. Cukuplah akhlak dan peribadi Rasulullah sebagai contoh teladan terbaik.

Read. Learn. Love.

Saturday, 18 January 2014

Secebis Doa~

Ya Rabb, 
Jika dia memang baik untukku, agamaku, masa depan dunia dan akhiratku,
Boleh membimbing dan membawa aku dan keluargaku lebih dekat pada-Mu, 


Maka dekatkanlah diriku dengan dirinya,
Dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.
Amin.

Read. Learn. Love. 

Friday, 17 January 2014

Feeling Lost.

I'm lost. I'm scared. I feel like I'm disappearing. I'm drained. I feel dead. I'm done. 

Read. Learn. Love. 

Thursday, 16 January 2014

Girl Loves Surprises ♥

Surprise them once in a while. Let them know how special they are.


Read. Learn. Love.

Wednesday, 15 January 2014

Q.O.T.D.

Never lie to someone who trusts you and never trust someone who lies to you. 


Read. Learn. Love. 

Tuesday, 14 January 2014

QuoteDiary.Me

I am a strong person but every now and then I also need someone to take my hand & say everything will be alright. 

Read. Learn. Love. 

Monday, 13 January 2014

Choices~

Ketika engkau perlu memilih, pilihlah pilihan yang mendekatkan dirimu dengan Allah. 


Read. Learn. Love. 

Sunday, 12 January 2014

#Solat

Solat itu penghapus dosa masa lalu.

Read. Learn. Love.

Saturday, 11 January 2014

Di Sebalik Senyum Tangis~

Senyum dalam kesedihan adalah suatu ketabahan. 


Menangis dalam kepayahan adalah suatu kesabaran. 

Read. Learn. Love. 

Friday, 10 January 2014

Words Lie.

I tell people I'm tired.
But in fact, I'm depressed.

I tell people I'll fine tomorrow.
But I know, tomorrow will be worse.

I tell lies everyday.
And I know, I'll not be able to stop it by myself.

Read. Learn. Love.

Thursday, 9 January 2014

#SadTrue

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku yang tinggi menggunung.


Dear Allah, forgive my sins and guide me on the right path. 

Read. Learn. Love.