"Si dia yang bangkit dengan hati yang kecewa.. Dan berusaha dalam derita sehingga berjaya.."
Kadang-kadang hidup tak seindah mimpi..
Kadang-kadang jalan tak semudah orang lain..
Kadang-kadang diri tak sebertuah orang lain..
Kadang-kadang kita perlu berjuang bersendirian..
Tapi jangan jadikan ia sebagai ALASAN untuk tidak berjaya..
Tukarkan kesukaran itu kepada JALAN..
Tukarkan kekecewaan kepada SEMANGAT..
Tukarkan derita kepada BAHAGIA..
Kerana ini jalan kita.. Fokus hanya pada jalan kita.. Sebab jalan manusia tak sama..
Jangan jatuh dan terus jatuh
Sebab kejayaan sebenar ialah KEBANGKITAN DARI KEGAGALAN DAN KEKECEWAAN..
Allah itu ada..
Mohonlah pada Dia..
Adalah lebih baik dari mengharapkan manusia..
Bergantung harap pada Dia dan berjuanglah untuk diri..
Bangkit dan terus bangkit..
Pandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang..
Simpan kesakitan dan kekecewaan jauh di lubuk hati..
Jangan biarkan rasa kecewa menghalang kita dari berjaya..
Sesungguhnya mereka yang bangkit dari kekecewaan dan derita, berjuang melalui jalan yang sukar.. kekuatan diri adalah LEBIH dari mereka yang melalui jalan mudah.. percayalah
-Master Nana Macarona-
Read. Learn. Love.
No comments:
Post a Comment