Wednesday, 30 May 2012

Never let this happen again.

Kesilapan masa lalu mengajar aku utk terus bernafas ke hari ini.
Sehingga nafas yang terakhir aku tetap ingat segala yang berlaku.
Itu bukan dendam tp sesuatu yang sentiasa mengingatkan diri itulah sesuatu yang pernah tercatat dalam hidupku.
Aku takkan pernah terlupa dgn segala yg terjadi yg mengajar aku erti ketabahan dan kekuatan.
Saat tasbih terurai dari rantainya, baru aku sedar allah itu sentiasa di sisiku.
Saat org menjatuhkan aku, mempermainkan segala cinta yang dipertaruhkan itulah satu ujian besar yg pernah melanda hatiku.


Bercinta dgn org yg mmg kita cintai adalah suatu cinta luar biasa.
Bercinta dgn org yg kita tidak cintai adalah suatu cinta yg normal.
Cinta luar biasa sukar dirasai but once bila dh kta rasa mmg akan sukar utk dilupakan.
Buat yang pernah bertakhta di hati ini dan kaulah lelaki yg terhebat kerana berjaya menjatuhkan hati ini dari tempatnya yang nyata.
Aku takkan pernah lupa apa yg pernah kau lakukan.
Kau hebat kerana saat aku menangis kau bersama org lain.
Kau juga hebat kerana berjaya menjatuhkan nilai cinta seseorang yg benar-benar ikhlas.
Kau hebat dgn mainan hati.
Kau mmg hebat mempermainkan segalanya. 
Aku ingin mengingatkan bahawa akan berlakunya karma.
What goes around comes around.


Terasa ingin membawa diri ini jauh dari dunia sebenar.
Dunia di mana tak seorang pun yang mengenali diri ini.
Tapi mampukah aku membawa diri dengan hati yang lara?
Mampukah aku berpegang teguh dgn prinsip diri?
Sejauh mana pon kau berlari, jika hati itu tidak bersih dari segalanya tetap tidak tenang.
Sehingga ke hari ini. Masih terpahat di ingatanku seolah-olah perkara itu bagaikan baru berlaku.
Masih trauma dengan apa yang berlaku.
Aku redha dengan ketentuan ilahi.
Tidak pernah sesekali menyalahkan takdir Allah.
Apa yang Allah lakukan benar sekali.
Tidak mahu hati ini disakiti terus menerus.
Lagi lama aku bertahan lagi lama aku menyimpan rasa sakit.
Tapi sayang mengatasi segalanya.


Ya Allah,
Berikan aku hanya satu lagi ruang.
Supaya aku masih boleh bernafas dalam keadaan yang tenang.
Biarlah segala kenangan itu dibawa hembusan angin.
Aku tidak mahu hidup dalam keadaan takut dan sedih.
Aku hanya mahu secebis kegembiraan.
Semoga hati ini beroleh ketenangan yang abadi.
Apabila kita tenang dalam menerima takdirNYA sama ada yang kita suka atau tidak suka, Allah  pasti akan memberikan ganjaran mahupun hikmah terbaik berkat dari kesabaranmu itu.
Amin. 


Kulerai segala yang terkusut~
Kusimpul agar menjadi rapi~
Demi menjaga hatimu~
Ku rela mengalah selalu~
Mengapa kau berubah laku.

Inikah yang harus ku terima~
Di atas setia sekian lama~
Kau menjadikan aku~
Pelakon dalam sandiwaramu.

*Let the tears fall if that is the only way. Stay strong girl~!

No comments:

Post a Comment