Monday, 2 July 2012

Kenapa saya putuskan awak?

Sudah sekian lama terbuku di hati untuk menjawab setiap pertanyaan dari mereka yang saya putuskan.


Jawapannya:
Kerana saya tidak merasa kebahagiaan cinta itu atas redha Ilahi.
Terlalu lama saya bertahan dan cuba untuk bertahan begitu lamanya mencari di mana kebahagiaan dalam sesebuah hubungan itu, ternyata ianya gagal buat saya untuk meneruskan perhubungan itu.
Dan awak telah mencemari hubungan itu dengan sesuatu yang kotor.
Sesuatu yang saya percaya ia menjadi laranganNya.
Dan saya juga terasa hinanya di sisi Allah.
Seribu kemaafan dihulur buat mereka yang telah saya putuskan.
Kerana jawapan saya hanya mengharap sesuatu perhubungan di atas redha Ilahi. 
Perasaan cinta itu lahir daripada Allah s.w.t.
Maka seandainya nikmat cinta itu ditarik ia juga kerana Allah s.w.t.
Saya manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Tapi saya juga manusia yang cuba berubah untuk mencari kebahagiaan atas redha Ilahi.
Semoga diri ini sentiasa di bawah lindunganMu Ya Ilahi.
Amin.

No comments:

Post a Comment