Reminder for us to my lovey dovey ladies:
Jadikanlah dirimu semahal-mahalnya.
Jadilah wanita yang tahu batas-batas dalam pergaulan.
Jangan sesekali menghalalkan sesuatu yang sudah pun Allah catatkan ia sebagai suatu perkara yang haram.
Peliharalah aurat dan maruah dirimu.
Maruah seorang perempuan memang tak dapat dijual beli wahai sayang sekalian.
Jadikanlah dirimu sebagai mawar berduri yang indah berpagarkan duri.
Duri mawar itulah diumpamakan perbatasan aurat dan akhlak.
Apabila tiada duri tiada lagi benteng yang dapat melindungi keindahan bunga itu.
Sesungguhnya bunga mawar cantik dan harum dipandang mata tetapi sukar untuk didapati dan disentuh.
Jangan biarkan diri kita disentuh sewenang-wenangnya oleh seseorang yang bukan muhrim kita.
Seringkali mengingatkan diri tentang kepentingan menjaga batas-batas pergaulan, aurat dan maruah diri.
Jangan sesekali menjatuhkan martabat wanita hanya kerana seorang lelaki yang belum halal buat kita.
Sesungguhnya terlalu takut dengan dunia sekarang ini.
Tidak ramai lelaki yang beriman di jalan Allah.
Bersabarlah menanti sesuatu yang halal buat diri wahai sayang.
Moga diri ini sentiasa di bawah lindungan Ilahi. Amin Ya Rabb.
Read. Learn. Love.
No comments:
Post a Comment