Jika tidak mahu hati terluka, ditikam berkali-kali kemudian sebelum sempat sembuh ditikam lagi, jangan bermain CINTA sebelum jadi suami/isteri.
Duhati hati, bersabarlah. Aku tahu dikau sudah cukup terseksa. Kita tidak tahu esok lusa mungkin kitakan jumpa bahagia, mungkin kitakan jumpa penawarnya.
Allah, jodohkan aku dengan yang mampu mendamaikan jiwaku di saat gundah & yang mampu memberiku semangat di saat datangnya musibah.
Bila hati kau luka dan mula kebas seperti hilang rasa, cari ubatnya dari DIA. Tiada siapa yang ada ubatnya selain DIA. Hanya DIA. Cari DIA.
Allah aku tak mahu sia-siakan tiap nafas yang Kau berikan pinjaman. Jadi bantulah aku agar sentiasa tabah & kuat dalam mengahdapi ujian.
Jangan bermain CINTA sebelum sampai 'waktu' kerana hampir pasti kau kecewa & tiba di 'jalan buntu' mencari 'sesuatu'.
Simpan cintamu dulu untuk suami/isterimu yang sah nanti kerana janjiNya segala yang HALAL itu pasti mendamaikan dan segala yang HARAM itu seperti mimpi indah selingan tidur sedetik dua sebelum terjaga ke dunia nyata. Jiwa Resah. Minda hilang arah.
Percayalah bila cinta diberi pada yang bukan selayaknya, ia jadi sia-sia. Kejar kebahagiaan dan kegembiraan yang kekal dengan cinta HALAL.
Read. Learn. Love.
No comments:
Post a Comment