Friday, 21 December 2012

"A Lil Bit of Change"

Jika kita ada usaha untuk berubah menjadi baik dengan niat ikhlas kerana Allah, pasti Allah menghantar orang-orang yang baik untuk sentiasa bersama kita dan sentiasa di sisi kita untuk menjadi pendorong semangat buat kita.

"Jangan sesekali engkau menganggap jalan (merubah diri lebih baik) itu mudah". Jalan itu dipenuhi sesuatu yang kita benci, banyak halangan, penuh duri-duri tajam yang bisa membuat kita sakit. (Imam Ibnul Jauzi)

Setiap orang ada keinginan untuk berubah. Berubah bukan hanya sekadar personaliti tapi peribadi yakni dalaman. Segala-galanya bermula dari dalam dan pemikiran kita.

Semoga kita berubah ke arah yang lebih baik dan niat baik kita sentiasa diperkuatkan dari hari ke hari. Semoga kita sama-sama istiqamah. In shaa Allah. Amin Ya Rabb.

Read. Learn. Love.

No comments:

Post a Comment