Thursday, 13 December 2012

Biarkan segalanya~

Biar diam. Biar sepi. Biar rasa itu menutupi hati ini.
Biar segalanya berlalu bagai masa yang tak pernah menunggu.
Hanya itu yang ku mampu tika ini.

Mungkin saja manusia itu sedang tertawa kerana sedang mempermainkan atau menjatuhkan kita.
Mungkin saja manusia itu alpa yang dunia ini hanya sementara.
Mungkin saja manusia itu sedang menutup kebenaran dan mengaburi mata kita dengan segala janji.

Maafkan mereka. Biarkan Allah yang membalas segalanya.
Kita kejar pahala. Tinggalkan rasa itu sebentar.
Doa orang-orang yang teraniaya ini tiada hijab antara doa tersebut dengan Allah.

Semakin hari ia semakin terasa. Namun ku biarkan saja.
Kerana kuasa Allah itu melebihi kuasa manusia.
Tak pernah ku takut rasa kecewa kerana itu mengajar aku erti bahagia.

Dan selagi kebergantunganku pada Allah, aku percaya rasa kecewa itu tidak akan lama bertakhta.
Kebahagiaan itu sentiasa ada buat mereka yang hatinya meletakkan Allah di tangga yang teratas.

Read. Learn. Love.


1 comment:

  1. Doa orang-orang yang teraniaya ini tiada hijab antara doa tersebut dengan Allah.

    ReplyDelete