Friday, 28 December 2012

Untuk Adam~


Duhai bakal imamku,
Akan ada satu hari, dimana akanku hampar sejadahmu dan sejadahku,
Kita bersujud dalam satu penggal waktu solat yang sama,
Doa yang kau ucap ku aminkan dalam hati, satu saf di belakangmu :')

Read. Learn. Love.

Wednesday, 26 December 2012

#BelieveIt

Letakkanlah cinta Allah kukuh dihati. 


Genggamlah cinta manusia hanya ditangan, kerana kelak andai terlepas, sakitnya tidak terasa dihati.


Read. Learn. Love.

Saturday, 22 December 2012

Don't Be Sad....

La Tahzan Innallaha Ma'ana.

".....Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman".

Read. Learn. Love.

Friday, 21 December 2012

"A Lil Bit of Change"

Jika kita ada usaha untuk berubah menjadi baik dengan niat ikhlas kerana Allah, pasti Allah menghantar orang-orang yang baik untuk sentiasa bersama kita dan sentiasa di sisi kita untuk menjadi pendorong semangat buat kita.

"Jangan sesekali engkau menganggap jalan (merubah diri lebih baik) itu mudah". Jalan itu dipenuhi sesuatu yang kita benci, banyak halangan, penuh duri-duri tajam yang bisa membuat kita sakit. (Imam Ibnul Jauzi)

Setiap orang ada keinginan untuk berubah. Berubah bukan hanya sekadar personaliti tapi peribadi yakni dalaman. Segala-galanya bermula dari dalam dan pemikiran kita.

Semoga kita berubah ke arah yang lebih baik dan niat baik kita sentiasa diperkuatkan dari hari ke hari. Semoga kita sama-sama istiqamah. In shaa Allah. Amin Ya Rabb.

Read. Learn. Love.

Thursday, 20 December 2012

Bertabahlah sayang~

Tatkala  

dirimu menangis kerana 

disakiti 

mohon pada Allah

agar 

membentuk dirimu

untuk

terus tabah....

Read. Learn. Love. 

Wednesday, 19 December 2012

Bicara Hati.....

Saat mulut terkunci dan hati mula berbicara, air mata jadi saksi.

Jauh di sudut hati ingin kutahu semua itu agar terlerai sesuatu yang tersimpul. 

Namun, ada kalanya lebih baik disimpan saja agar hati tak lebih tersakiti. 

Daripada mengejar sesuatu yang tak pasti, lebih baik dikumpul pahala sebanyak mungkin untuk bekalan akhirat sana.

Andai tertulis itu semua di Luh Mahfuz dia pasti untukku.

Aku bukan siapa-siapa untuk mengubah takdir Allah s.w.t. Hanya doa penghubung segala. Amin Ya Rabb.

Read. Learn. Love. 

Tuesday, 18 December 2012

The Ungiven Letter ♥

Dear future husband :)

"......I don't wanna be your Girlfriend,
I just wanna be the one you call as Wife,
Your presence brings me Happiness,
You are my Halal Prince Charming,
Riding your horse of Taqwa,
Holding the Quran on the right and Sunnah on the left,
Giving glad tidings to the Stranger......"

By: DrAnwarFazal

Read. Learn. Love.

Monday, 17 December 2012

Bait-Bait doa~

Doaku hari ini:

Allah lindungi hatiku. Kuatkan aku agar tidak mudah jatuh dan tersakiti.

Read. Learn. Love. 

Sunday, 16 December 2012

#True

Sometimes, there are thousand reasons to be happy and make you smile but there's one reason to be sad and this one reason kills you inside.

Read. Learn. Love. 

Sigh.

Today i read some conversation between a girl and a boy. They're couple.

The question is why the boy is hard to let 'her' go?

Kalau dah tak mampu nak jaga hati pasangan, tinggal je la. Susah sangat ke nak ckp "I nak break up".

Easy sangat-sangat to tell. Sebab perempuan ini tak mati la kalau takde lelaki dalam hidup dia. She still can survive even it's hard, bitter. 

Emo sebentar. Sebab I terlalu kasihan dengan perempuan-perempuan yang diperbodohkan oleh lelaki yang bajet-bajet bagus ni.

Lelaki tu pun kalau rasa nak skype dengan your ex selalu and nak semua depan mata, asal tak couple je dengan your ex tu? Why? And why?

Pelikla. Kalau dah tak suka buang je la. Kenapa nak simpan? Kenapa? Again why?

Seriously, day to day I really don't understand guy.

Kenapa lelaki tak couple je dengan perempuan yang diorang suka kol, msg, komen and skype bagai? 

Kenapa masih nak juga simpan GF dia yang langsung dia tak hargai tu?  Pegi jela couple dengan your ex back. Sebab die boleh layan u skype, msg, call u and dengar masalah u kan. 

I think your GF will deserve better guy than u la. 

It comes to one conclusion maybe lelaki ni nak perempuan ni mintak break up kot. Maybe. 

So nanti if orang tanye dia sng la jwb bkn i yg tngglkan dia tp perempuan tu yg tngglkan i. Right?

Enough. Susah nak cari lelaki yang betul-betul jujur. No one. 

Read. Learn. Love. 

Istanbul Aku Datang~

Dalam sebuah cerita pasti ada sesuatu yang kita pelajari.


Kadang-kadang kita tak nampak dengan mata kasar tapi kita dapat merasainya dengan hati.


Kepelikan yang kita rasa itu pasti ada jawapannya. Sooner or later Allah will let us know.


Bila diamati cerita ini, bagaimana seorang lelaki itu begitu halus caranya menyembunyikan sesuatu hingga dapat mengaburi mata wanitanya.


Alasannya hanya kerana sepi, jiwa kosong hidup berjauhan. Nonsense.


Tapi kuasa Allah siapa kan boleh tandingi? No one.


Don't play with someone's heart. Karma is always there whether we do good or bad.


Allah always show us the truth. So leave it to Allah for any doubt.


Read. Learn. Love.

Saturday, 15 December 2012

#ThatGirl

She's the girl that hide thousand of pain behind her smile and she's dying inside. 

A girl knows her limit of being patient in relationships but a wise girl she has none. She will keep everything inside as long as she can because she believe in Allah.


Allah's power are beyond our comprehension. 

Read. Learn. Love. 

Friday, 14 December 2012

Just sharing....

Untuk Adam: carilah wanita yang 'cantik akhlaknya' bukan yang hanya 'cantik rupanya' tapi kosong. 

Untuk Hawa: carilah lelaki yang 'kuat ibadahnya' dan bukan 'kuat mengorat' orangnya :')

Read. learn. Love. 

Thursday, 13 December 2012

Biarkan segalanya~

Biar diam. Biar sepi. Biar rasa itu menutupi hati ini.
Biar segalanya berlalu bagai masa yang tak pernah menunggu.
Hanya itu yang ku mampu tika ini.

Mungkin saja manusia itu sedang tertawa kerana sedang mempermainkan atau menjatuhkan kita.
Mungkin saja manusia itu alpa yang dunia ini hanya sementara.
Mungkin saja manusia itu sedang menutup kebenaran dan mengaburi mata kita dengan segala janji.

Maafkan mereka. Biarkan Allah yang membalas segalanya.
Kita kejar pahala. Tinggalkan rasa itu sebentar.
Doa orang-orang yang teraniaya ini tiada hijab antara doa tersebut dengan Allah.

Semakin hari ia semakin terasa. Namun ku biarkan saja.
Kerana kuasa Allah itu melebihi kuasa manusia.
Tak pernah ku takut rasa kecewa kerana itu mengajar aku erti bahagia.

Dan selagi kebergantunganku pada Allah, aku percaya rasa kecewa itu tidak akan lama bertakhta.
Kebahagiaan itu sentiasa ada buat mereka yang hatinya meletakkan Allah di tangga yang teratas.

Read. Learn. Love.


Wednesday, 12 December 2012

12.12.12

The date keep something secret. Hopefully everything goes well. Am waiting for the right moment at the right time for the best future. Amin. 

Read. Learn. Love. 

Thursday, 6 December 2012

Tangisan itu...

Ya Allah, andai tangisan ini sesuatu yang membuahkan kebahagiaan di masa depanku aku redha.

Sesungguhnya kepedihan mata tak dapat disembunyikan dari kaca mata orang lain.

Hanya hati yang luka dapat menyembunyikan segala rasa melalui senyuman. 

If the tears are not worth for the person, keep me away from them. Let me stay strong by your side, Allah.

Read. Learn. Love. 

Wednesday, 5 December 2012

Rasa ini membunuhku.

Kutahan semua rasa ini. Marah, sedih, kecewa.


Biar masa saja yang bawa rasa ini berlalu pergi.


Kerana kutahu satu hari nanti pasti kubongkarkan rahsia hati ini.


Aku rela berselindung di sebalik kekecewaan ini supaya aku tahu masih ada ruang untukku lebih bahagia.


Read. Learn. Love. 

Tuesday, 4 December 2012

Weakness (:

Ada masanya hanya seperti mahu menutup mata dan menangis sepuas-puasnya.

Dan bila mata dibuka dengan harapan mampu menjadi orang yang lebih tabah menghadapi liku-liku hidup. 

Read. Learn. Love. 

Monday, 3 December 2012

Perfect Sayings....

"......Your eyes say more than you think.
May the tears in your eyes create a rainbow in your life....."


Read. Learn. Love. 

Sunday, 2 December 2012

Bold It~

Belajar menangis dari suatu kebahagiaan.
Belajar sabar dari sebuah kemarahan.
Belajar diam dari banyaknya bicara. 


Belajar ikhlas dari suatu kepedihan.
Belajar redha dari satu ketentuan. 

Read. Learn. Love. 

Saturday, 1 December 2012

#DecemberWish

Bismillah.

Dear December, please be good to me. Love, Ily.

Hope this month will be full of laugh and happiness.

I left everything to Allah and Allah knows what's best for me.

All I can do is to pray and make Dua'.


End up this semester with something good. No more problem and tears.

Less stress. Less pain. Less problems. More happiness. More laugh.

Insyaallah. Amin Ya Rabb.

Read. Learn. Love.

Friday, 30 November 2012

Doa Nabi Yusuf~

Kalau rindukan seseorang angkat tangan dan berdoalah pada Allah....



"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada......(nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya....."



Read. Learn. Love.

Thursday, 29 November 2012

Rahsia Allah.

Allah tak pernah memberi apa yang kita mahu. Sebaliknya DIA memberi apa yang kita perlu.

Sesungguhnya setiap rasa cinta itu pasti ada ujiannya. Tidak mudah untuk meraih seseuatu cinta yang membawa pengalihan cinta kita kepada Allah.

Kita tak dapat menghalang seseorang yang kita suka daripada melakukan apa yang kita tak suka. Namun, doa itu sentiasa tiada penghalangnya.

Andai kita tak mampu berkata, simpan saja di hati. Tapi jangan putus berdoa untuk mereka yang kita sayang. Kuasa doa itu luar biasa.

Moga satu hari nanti dia merupakan insan yang paling istimewa di mata dan hati ini dek sifat peribadinya yang berpegang kuat pada agamanya.

Pasangan yang baik itu anugerah. Tak perlu berserban mahupun berpurdah, cukuplah yang selalu membimbing kita ke jalan Allah. -Ustaz Don Daniyal-

Dan orang yang baik sebenarnya untuk mereka yang ingin berubah menjadi orang yang baik. Pengorbanan seseorang yang baik itu pasti ada ganjarannya. Kalau bukan di dunia, pasti di akhirat sana.

Read. Learn. Love.


Wednesday, 28 November 2012

Semakin merindu~

Kita bertengkar kita semakin mengenali.



Kita menyakiti kita semakin menyayangi.



Kita semakin jarang berhubung kita semakin merindu. 



Ya Allah, sampaikan rasa rindu ini untuknya. Semoga dia turut merasa rasa rinduku padanya. 



Amin Ya Rabb.



Read. Learn. Love. 

Tuesday, 27 November 2012

Bait-bait doa...

Biar kupendam segala rahsia di hati. Takkan ku luahkan hingga tiba masanya. 

Biar kusimpan segalanya selagi mampu. 

Aku mengumpul kekuatan dari bait-bait doa yang kusampaikan pada DIA.

Ya Allah, peganglah hatiku sekuatnya agar aku tidak jatuh pada cinta manusia yang tidak benar belaka.

Ya Allah, pinjamkan aku secebis kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk aku lalui hidup ini.

Ya Allah Al-Khabir, tunjukkan aku sesuatu kebenaran yang tersembunyi sebelum waktunya. 

Sessungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan denganMU ya Allah.

Amin Ya Rabb.

Read. Learn. Love.

Monday, 26 November 2012

Bahagiakan dirimu~!

Belajarlah untuk hidup bahagia, berlapang dada dengan ketentuan, berdamai dengan kenangan.

Belajarlah untuk bahagia bukan supaya orang lain bahagia tapi supaya diri kamu sendiri yang bahagia.

Kesedihan dan air mata itu tak akan membuatmu bahagia.

Read. Learn. Love.

Sunday, 25 November 2012

Something to Ponder....

You may not be her first, her last, or her only.


She loved before she may love again.


But if she loves you now, what else matters?


She's not perfect, you aren't either, and the two of you may never be perfect together but if she can make you laugh, cause you think twice, and admit to being human and making mistakes, hold onto her and her the most you can.


She may not be thinking about you every second of the day, but she'll give you a part of her that she knows you can break her heart.


So, don't hurt her, don't change her, don't analyze and don't expect more than she can give.


Smile when she makes you happy, let her know when she makes you mad, and miss her when she's not there.


Read. Learn. Love.

Saturday, 24 November 2012

#TheTruth

.....Dan apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibu bapa kekasih dia, ini menunjukkan bahawa dia benar-benar serius dengan si dia......

Read. Learn. Love.

Friday, 23 November 2012

Doa cinta Hersalina..

Antara malam dan siang, aku hanya sendirian. 



Sepi dan terlalu lelah rasanya. 



Meraih kasihnya bagai memanjat ke langit sana. 



Read. Learn. Love. 

The Love~

At one time, we'll learn to leave the one we love for the one that really love us. 
Better to fall in love with someone that crazy in love with you than to fall in love with someone that really doesn't love and appreciate you in their life.


Life is hard. Don't wish it was easier. But try to make it better.
Insyaallah. Dua'. Dua'. Dua'.

Read. Learn. Love. 

Thursday, 22 November 2012

Kata Dia.....

Jadi yang terbaik sebelum impikan yang terbaik kerana 'Yang Terbaik' itu tahu nilaimu dan DIA pasti temukanmu dengan 'dia' yang sekufu.

Jangan gelisah. Jangan resah. Jodoh kita dalam genggamanNya. Doa. Jangan taksub dengan cinta manusia. 'Dia' akan datang jua. Masa itu akan tiba. Pasti.

Secebis doa:
Ya Allah, moga dia yang sedang bersamaku adalah yang terbaik buatku dan jodoh yang baik untukku. Amin.

Read. Learn. Love.

Wednesday, 21 November 2012

#SoalHati

Walau ada sekelumit perasaan kecewa terhadap orang yang kita sayang oleh kerana sesuatu hal yang dia sembunyikan, ketahuilah bahawa Allah itu sentiasa akan menggantikan perasaan kecewa itu dengan sesuatu yang baik buat kita.

Yang terpenting apabila kita sentiasa meletakkan Allah yang paling teratas di hati kita, pasti rasa kecewa itu tidak akan mengawal perasaan kita, malah kita yang mengawal rasa kecewa itu.

Biarkan hati menderita sekarang. Jangan merana di kemudian hari. Berfikirlah sebelum kita membuat keputusan agar tidak kecewa di masa akan datang. Mungkin hari ini kita bahagia tapi esok hari belum tentu bahagia itu milik kita.

Read. Learn. Love.

Tuesday, 20 November 2012

Pray For Gaza.....

Bismillah.
Let's pray for them. 
May Allah save our Muslim brothers and sisters there. 
May Allah help the Palestinian people. 
May Allah give them strength.
Amin. 


Things to ponder:
The murders, they will pay for their crimes, and the believers will receive their rewards. 
Maybe not tomorrow, but one day. Maybe not in this life, but in the hereafter. Insyaallah. 

Read. Learn. Love. 

Friday, 16 November 2012

#SelfReminder


Di saat hati ingin marah, pasti rasa marah itu tidak kesampaian dek kerana sifat maaf itu lebih menguasai diri.

Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk."

Sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi. Jadi maafkan saja orang yang telah membuatkan kita marah seacra sengaja/tidak sengaja.

Read. Learn. Love.

Thursday, 15 November 2012

Simple Love~!

"First love teaches us what is love,but the last love teaches us what is life."

"First love may or may not be important, but last love is the most important."

Read. Learn. Love. 

Saturday, 10 November 2012

Muhasabah diri~

Cantik di pandangan mata kita, tidak semestinya cantik juga di pandangan mata orang lain.
Apa yang penting adalah tingkah laku dan hati budi kita terhadap orang lain.


Itulah hakikat yang menyejukkan hati, bukan paras rupa yang cantik yang menyejukkan hati tetapi nafsu yang memperdayakan mata hati kita.


Jika paras rupa yang menyejukkan hati, pasti tidak akan ada wanita cantik yang diceraikan suami dan pasti tidak ada lelaki tampan yang ditinggalkan isteri.


Read. Learn. Love. 

Friday, 9 November 2012

The day....

Once in a life, there must be a day that seems everything does not fall into a place.
But Alhamdulillah Allah still with me. No matter how bad that day, I still can breathe today.
Ups and downs in life. I learn to take it easy. 
Not to cry but to be tough on facing all the challenges.

Being a master student really need super duper double extra strength.

When you need to settle down everything in a day and somehow you sick, just leave it to Allah.
Insyaallah, there's a miracle for you. Just make Dua' non stop.
And never forget Allah whenever your life is good or bad.
Thanks to those who is still there through my worst day.

Things to remember:

Allah will never gives a test that is too great to bear.
Allah does not burden anyone except with something within its capacity.
Allah desires ease for you and he desires not hardship for you.
Thank you Allah. I love Allah.

Read. Learn. Love.

Thursday, 8 November 2012

Sabar Itu Manis.

❝... Apa yang Allah haramkan sebelum kahwin, sekejap saja. Sabarlah sekejap ! Dah kahwin nanti, yang halal amatlah luas. Yang halal lebih indah kerana bernaungkan redha Allah ...❞ 
-Ustazah Fatimah Syarha-


Read. Learn. Love. 

Wednesday, 7 November 2012

The symptom~

Masih berkesempatan untuk post artikel ni sdgkan diri tgh dibusykan dgn assignment yg bertimbun. Huhu..
Anyway, just terjumpe artikel ni..tetiba rase nak share with u guys.
Kadang-kadang perlu juga 'check' hubungan masing-masing.
Jangan sampai mata dibutakan oleh karakter yang baik-baik je smpai tak nampak sesuatu yg buruk.
Let's read.

Tanda-tanda cinta semakin pudar...

♥ Malas angkat telefon..
♥ Taip sms pun pendek2 jer..
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.'
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..
♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..

♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
♥ Susah nak senyum or gurau2 macam dulu-dulu..
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah..katanya hp cepat panas...

Just sharing. Whether it is true or not, only you know the answer :)

Read. Learn. Love.

Tuesday, 6 November 2012

Secebis kata.......

Ya Allah, jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,
Berilah kepadaku keyakinan bahawa TakdirMu lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan.

Read. Learn. Love. 

Monday, 5 November 2012

#SelfReminder.

Apabila sedih atau ada masalah, jadikan Allah sebagai sandaran/tempat utama mengadu. 
Dia ada bersama kita. Dia sudi mendengar segalanya. 
Don't forget Allah.
Allah. Allah. Allah.

Ya Allah, berikan aku sekeping hati yang mampu memaafkan kesalahan,
minda yang mampu melupakan kepahitan,
dan jiwa yang tak pernah rapuh imannya.
Amin Ya Rabb. 

Read. Learn. Love. 

Sunday, 4 November 2012

Mari Belajar~

Mendidik dan melatih diri supaya peribadi seakan srikandi Islam.
Sabar seperti Asiyah. Setia seperti Khadijah. 
Ikhlas seperti Maryam.
Tabah seperti Fatimah. Cerdas seperti Aishah. 
Suci seperti Maryam.
Moga diri kita sentiasa dihiasi dengan sifat mahmudah. 
Amin Ya Rabb.

Read. Learn. Love. 

Saturday, 3 November 2012

Sebaris doa.....

Ya Rabb,
Anugerahkan padaku hati yang tak pernah membenci, 
Sentuhan yang tak pernah menyakiti,
Jiwa yang tak pernah gelisah,
Tangan yang tak pernah berhenti berbagi,
Senyuman yang tak pernah pudar, 
Kasih sayang yang tak pernah putus,
Dan cinta tulus yang tak pernah berakhir. 
Amin. 


Read. Learn. Love. 

Friday, 2 November 2012

Tips Mudah Bangun Subuh~

Something really nice to be share... (✿◠‿◠)
From: ~Ustaz Don Daniyal~

• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat: “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”

• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.

Read. Learn. Love.

Thursday, 1 November 2012

#NovemberWishes

Dear November,
Hope this month will be full of happiness and laugh.
Hope my presentation goes well.
Hope my second semester ended well. 
Hope my faith getting increased.

Hope Allah always be on top of my heart. 
Hope my relationship with him getting mature.
Hope my family and myself healthy and happy all the time. 
And hope everything goes well. Amin. 




A better faith in Allah,
better love life, 
better pointer, 
better in life, 
everything in life is gonna be better. 
Amin. 





Read. Learn. Love. 



Tuesday, 30 October 2012

Dear ADAM ♥

Assalamualaikum w.b.t 
To My dear 'ADAM'

You don't have to drive any BMW or skyline to be gorgeous.
Be an Imam in prayer.
That's how I define gorgeous.

You don't need to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me.
Recite the kalamullah, Al-Quranul Kareem.
That's how I would melt.

You don't have to be rich for me to love you.
Sincerely, Your love, 'HAWA'. 

Read. Learn. Love. 

Saturday, 27 October 2012

Bila cinta~

Bila cinta kerana Allah s.w.t. 
Berpisah tidak gelisah, bertemu pasti tidak jemu.
Ukhuwwah itu indah bila bertemu dan berpisah hanya kerana Allah s.w.t.

Read. Learn. Love. 

Thursday, 25 October 2012

Love letter ♥

Dear you, 
Be my imam for my prayers.
Be my Qari and read the Quran for me.
Be the one who leads me to Allah.
That's all I'm asking for. 

Read. Learn. Love. 

Wednesday, 24 October 2012

Setitik hitam~


Hati merupakan satu organ dalam tubuh manusia dan pada hati seseorang itu terletaknya niat. 

Maka, jangan melakukan sesuatu perkara yang boleh melalaikan hati dan jiwa sehingga membawa kita kepada lupanya Allah, lupa untuk menunaikan perintahNya. 


Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.


Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah). 



Sedihnya di saat hati telah hitam. Pabila hati hitam dan kotor, ia menjurus kepada hati yang keras.
Hati yang keras tidak langsung takut pada Allah dan sentiasa melakukan laranganNya, kurangnya iman. 

Bila iman dah semakin kurang/tiada akan berlakulah sesuatu perbuatan di luar batasan. Nauzubillah. 


Andai hari ini kita masih hidup, lakukan amal ibadah sebanyak yang mungkin kerana hari ini tak menjanjikan hari esok. Solat, berzikir, mengaji Al-Quran dan berdoa tanpa henti. 


Takkan nak tunggu tua baru nak berubah kan? Perubahan itu terletak pada diri seseorang. 
Bertaubatlah seperti matinya hari esok. 

Read. Learn. Love. 

Tuesday, 23 October 2012

#Lamaran

MALU adalah sebahagian daripada IMAN dan juga sifat yang ada pada seorang yang bernama perempuan. Susah bagi seorang perempuan itu membuang rasa malu apatah lagi jika si lelaki yang meminta si perempuan untuk melamarnya. 

"Perempuan melamar lelaki amalan terpuji, tapi bukan dia tak sudi melamar si lelaki.....Cuma MALU seorang perempuan jauh lebih besar dari KESUDIANnya untuk melamar. Harap kaum ADAM mengerti."

-Syabab Musafir Kasih-

Read. Learn. Love. 

Monday, 22 October 2012

Be Mature !


Bersikap lebih DEWASA itu lebih baik daripada menjadi insan yang DEWASA hanya pada nama. 

Jangan tangisi sebuah perpisahan. Suatu saat engkau akan berterima kasih kerana hal itu telah menjadikan dirimu insan yang lebih baik. 

Ketika ada orang yang menyakitimu, janganlah membalas dengan menyakitinya kembali. Tetapi bersikaplah lebih dewasa. 
Kerana sakit yang sedang kamu rasakan adalah pelajaran yang teramat berharga untuk membuatmu lebih dewasa.

Memang luka di tubuh lebih cepat sembuh berbanding luka di hati yang mengambil masa yang lama untuk dipulihkan kembali. 
Namun hanya keikhlasan hati yang mampu mengubatinya.

Semoga kita menjadi insan yang PENYABAR dan semakin DEWASA.

Read. Learn. Love. 

Sunday, 21 October 2012

#TrueMuslimah

A GIRL cares about WHAT CAR you drive but a WOMAN cares about WHAT DRIVES you! ALLAH. 


Read. Learn. Love

You see....

It's not about what makes you happy
It's about how it makes you happy

Stop worrying on what others would say 
Start worrying if what you only do is 
pleasing someone's day

Start thinking of yourself before others
Start making yourself happy before others
Start doing 'something' on yourself

Remind yourself again and again before it's too late. 

Read. Learn. Love.


Saturday, 20 October 2012

Jangan pernah berharap !


Jangan mengharap seseorang yang solehah/beriman,
Jika tidak berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.

Jangan mengharap kita akan menang,
Jika kita takut untuk pergi berjuang.

Jangan berangan nak jadi kaya,
Jika malas nak berusaha.

Jangan berharap akan menjadi pandai,
Jika tidak mahu pergi belajar.

Jangan bercita di puncak yang tinggi,
Jika tidak berani untuk mendaki.

Jangan dipinta luasnya pengetahuan,
Jika tidak melalui pengalaman.

Jangan diharap kawan yang ramai,
Jika kita sendiri tidak pandai nak berkawan. 

Jangan diharap kejujuran dalam sesebuah perhubungan,
Jika kita sendiri selalu menipu. 

Read. Learn. Love. 

#Love

......And falling in love with you was so unexpected. 
I just want you forever.....
♥ Am in love with you NOW and FOREVER 


Read. learn. Love. 

Friday, 19 October 2012

Doa Pendekat Jodoh.

Let's. Bismillah. 
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau berkatilah perasaanku yang ada tehadapnya dan temukanlah jodoh kami supaya ianya menjadi yang halal di sisi-Mu.... Dan tak mengundang kepada kemurkaan-Mu.... Serta jauhkanlah aku dari perasaan cinta yang berlebih-lebihan yang melebihi cintaku kepada-Mu.... Inni Fawaddhu ha-dza amr ilaik.......


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, jagakan hatiku dan hatinya agar kami dapat merasai manisnya percintaan itu selepas diijab kabulkan.....

Read. learn. Love. 

Thursday, 18 October 2012

Dua' will never fail ♥

"Jangan meletakkan seseorang itu HAK MILIK kita selagi tiada ikatan AKAD NIKAH belum terpatri dalam hubungan yang sedang dibina. Semuanya terletak pada KETENTUAN ALLAH. BERDOA sahaja jika benar-benar mengharapkannya......."


... Andai benar rindu, cukuplah perasaan itu dikirimkan melalui doa.... Andai ada rasa yang berlagu di hati, cukuplah dicoretkan sahaja dalam warkah sepi yang isinya Allah S.W.T. sahaja yang tahu ...

Read. Learn. Love.

Tuesday, 16 October 2012

What a tiring day!

Tuesday. 16th October 2012. Begin the story.
Today was a very tiring day. Super duper busy working in the lab. 
Went to the lab as usual. But earlier than before. Just don't believe !

Need to run up all the sample. Just a week left to submit the paper.
But somehow the science officer told me only tomorrow I can run all the sample.
It's okay. Not a big matter. Sometimes all we need is just a little patience. 
Schedule for this week are awesome ! 
Lab in the morning, class in the evening. Good huh!

Life turns upside down. I just having my lunch after my lab work had finished. 
I need to struggle up my life on writing the paper. Nice huh!
Anyway I'll always have time to capture my picture even in the lab. 
Camwhore is everywhere. So I don't care what people say !:)



Success never comes to look for you while you wait around. You've got to get up and work at it to make your dreams come true. 
Love hard. Study hard. Work hard. Pray hard. Play hard.

Read. Learn. Love. 

Monday, 15 October 2012

#ILoveYou

'No matter what challenges might carry us apart, we will always find a way back to each other.'



Read. Learn. Love.

Sunday, 14 October 2012

The second :)

Beautiful things to share :)
Almost 99% was so true and related to myself as well. 
I'm the second child of my parents. 

1. Anak manja mama ♥
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. 

2. Anak degil
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

3. Tak pandai pujuk
Memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.

4. Bercinta
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

5. Hitam/putih
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

6. Hati 
Anak no 2 ni juga nampak aje keras. Tp hati dia lembut. Satu lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

7. Berdikari 
Very independent.memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

8. Arahan
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja dengan orang.

9. Pemaaf & Caring
Tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

10. Pakaian
Nak semua up to date. Semua nak kemas.

Enough with ten points.
Hopefully this note can help those who really wants to get know with the second.
Good Luck!

Read. Learn. Love.

Saturday, 13 October 2012

That's It.

"If you don't tell her how you feel, she'll find some other guy that will tell her all the things that she wanted to hear from you".

Read. Learn. Love. 

Friday, 12 October 2012

The Vow~!

I VOW
to help you LOVE LIFE
to always HOLD YOU WITH TENDERNESS
and to have the PATIENCE 
that love DEMANDS


to speak when WORDS are needed
and to share the SILENCE when they are not
to live within the WARMTH of your HEART
and always call it HOME.......

Read. Learn. Love. 

Thursday, 11 October 2012

Allah, The Almighty ♥


"Katakanlah (wahai Muhammad): 

Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakannya, Allah pasti mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 

Surah Ali'Imran. Ayat 29.

Read. Learn. Love. 

Wednesday, 10 October 2012

And so.....

Keep people in your life that truly LOVE you, MOTIVATE you, ENCOURAGE you, INSPIRE you, ENHANCE you & make you HAPPY.

If you have people who do NONE of the above, let them GO. 

Read. Learn. Love. 

Tuesday, 9 October 2012

Self Reminder !

Something nice to be share with all the ladies out there.
I read it on Dr. Anwar Fazal's twitter.
He's such a good motivator and keep remind us to be a better muslimah.

Muslimah, jadilah sperti pohon semalu yang:
1. Durinya menjadi perisai diri (pertahankan maruahmu sebagai wanita Muslim)
2. Daunnya menguncup saat disentuh (malu sebagai perhiasan diri)
3. Akarnya kuat mencengkam bumi (kukuhkan ikatan bersama Rabbul Alamin)



Hawa, jadilah seperti pohon semalu yang tak berbau wangi dan tak menarik hati maka tiada kumbang yang akan memerhati kerana indahmu cukup 'tersembunyi'. Hanya Adam yang berhati suci akan memiliki nanti.

Read. Learn. Love. 

#Destiny.

"Some things are just not meant to be. We might insists but time will allow us to see. Destiny....."


Read. Learn. Love. 

Monday, 8 October 2012

Renungan....

Manusia sentiasa mengingati orang lain untuk berubah ke arah kebaikan. 

Itu harus dan suatu amalan yang baik.

Soalnya diri sendiri pun masih melakukan benda yang sama?

Jadi, apakah? 

Better change yourself before changing others. 

Sia-sia menasihati orang lain tapi awak sendiri masih melakukan perkara yang bertentangan. 

Read. Learn. Love. 

Inspiring Quotes~

Life is just too short. 

Break the rules. 

Forgive quickly. 

Love truly. 


Laugh uncontrollably.

Never regret for anything that made you cry.

Let's go on an adventure journey!

Read. Learn. Love. 

Friday, 5 October 2012

Rahsia ini~!♥

Sentuhan katanya semuanya kau iakan 
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan 
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta 
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah......

Malique, 2012.

Read. Learn. Love. 

Thursday, 4 October 2012

#Ponder.

"Awak hebat berkata-kata dalam cinta tapi lidah awak kelu untuk membaca kata-kata cinta yang diutuskan oleh Allah s.w.t iaitu Al-Quran" .

-Miss Yuna-

Read. learn. Love.

Wednesday, 3 October 2012

Bicara seorang gadis.....

Kalau yang 'cantik' dicari bukan aku.
Kalau yang 'berharta' dicari bukan aku.
Kalau yang 'hot' dicari bukan aku.
Aku hanya gadis biasa.
Yang tidak punya apa-apa.
Masih bertatih mencari redha Ilahi.
Masih mentafsir erti bahagia yang sebenar.


Tidak pandai bergaya, tidak pandai bermesra.



Dan kadangkala tidak peduli apa kata orang padanya.
Hidup bukan untuk membuat orang suka kerana redha Allah.
Dan bukan juga pada redhanya manusia.

Jika aku leka, tegurlah.

Jika aku lupa, ingatkanlah.
Kerana aku hanyalah gadis biasa.
Tidak mungkin SEMPURNA.


Read. Learn. Love. 


#Song.

Recently, my mood totally change.
Somehow my heart fall into 'sad and love' Malay songs.
Everyone knows that I just love English songs especially R&B music.
But it's damn cool to listen to slow songs.
More peaceful and relaxing. 

A song that really mean something by Nike Ardilla : Ku takkan bersuara

Izinkan Cintaku 
Berbunga Dihatimu 
Biar Terus Mekar Jadi pengalaman 
Telah Lama Ku Dahaga 
Belaian Seorang Insan 
Semoga Bersamamu 
Ceria Hidupku 

Ku Tak Akan Bersuara 
Walau Dirimu Kekurangan 
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan 
Ku Tak Akan Menduakan 
Walau Kilauan Menggoda 
Kasih Dan Sayangku 
Tetap Utuh Untukmu 
Hanya Kupinta Darimu setialah Selamanya 
Sehingga Abadi... 
Cinta Ini Sayang Itu Kudoakan 

Tak Mungkin Kan Terjadi 
Kehancuran Cinta Kita 
Andainya Hatimu 
Seperti Hatiku

Such a beautiful lyrics. Those are some part that are meaningful to me.
This song speaks to me!

Read. Learn. Love. 

Tuesday, 2 October 2012

The love~!♥

It's love when a little girl puts her energy to give dad a head massage.
It's love when a wife makes tea for her husband and take a sip before him.
It's love when a mother gives her son a best piece of chicken.
It's love when your friend holds your hand tightly on a slippery road.
It's love when all Muslims stood united for their Prophet (s.a.w.).


Love is not just a relationship between a girl and a boy. 
LOVE is actually a name of CARE.

Read. Learn. Love.