Wahai muslimah,
Carilah lelaki yang boleh mengingatkanmu tentang sembahyang,
Bukan lelaki yang selalu mengajak tengok wayang!
Carilah lelaki yang selalu mengingatkan dirimu untuk mengaji,
Bukan lelaki yang selalu mengajakmu SMS tiap-tiap hari!
Carilah lelaki yang selalu menginngatkanmu tentang menutup aurat,
Bukan lelaki yang hanya tahu nak mengurat!
Carilah lelaki yang boleh mengajarmu menghormati orang tua,
Kerana di situ letaknya pintu syurga!
Wahai muslimah,
Bila Allah cepat makbulkan doamu,
Maka dia menyayangimu.
Bila dia lambat makbulkan doamu,
Maka dia ingin mengujimu.
Bila dia tidak makbulkan doamu,
Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kerana
Kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.
Bila kita dah pun melakukan yang terbaik untuk orang yang kita sayang,
Tapi dia pula melakukan yang sebaliknya jangan sedih.
Allah kan ada.
Allah itu maha adil.
Allah sentiasa bersama hambaNya.
Doa. Doa. Doa dan terus berdoa.
Itu saja senjata orang mukmin.
Kebahagiaan itu sentiasa berpihak pada orang yang benar.
Lambat atau cepat itu urusan Allah.
Kita hanya mampu berdoa dan terus meminta padaNya yang maha kuasa.
Dalam kepahitan ujian ada kelazatan jiwa bagi orang yang mencari cintaNya.
Relax in Allah's presence.
Rejoice in Allah's goodness.
Believe in Allah's miracles.
Wait for Allah's answers.
Rely on Allah's promises.
Trust in Allah's timing.
Read. Learn. love.