Tuesday, 19 June 2012

Madah kata 7 petala cinta~

Assalamualaikum cinta.

Waalaikumussalam rindu.

Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.

Setiap wanita ada attar dalam hatinya.

Ya Allah...Peluklah hati ini...Di saat aku mulai rasa gelisah...Dalam penantian penuh kesabaran ini....Rindu ini keranaMu Ya Ilahi.

Ilmu itu ibarat haiwan liar dan tali pengikatnya adalah catatan.

Wahai Engkau yang telah melumpuhkan hatiku, tiada yang lebih baik daripada pilihan Tuhan. Mungkin kebaikan itu bukan pada yang terpilih. Tetapi pada jalan yang Kau pilih. 
Semoga cinta ini bukanlah sebuah nasib. 



Sebesar manapun dosa yang kita lakukan, sesungguhnya pengampunan Allah itu seluas langit yang tidak bertepi, seluas lautan yang tidak berpenghujung.

Sesungguhnya jika tidak kerana kurniaan Allah dan rahmat dariNYA, nescaya tidak ada seorang pun daripada kamu yang bersih. Iaitu bersih daripada perbuatan keji dan mungkar selama-lamanya. 

Cinta bukan melemahkan tapi menguatkan. Cinta juga bukan menyedihkan tapi menggembirakan kita.

Kalaulah jalan semua tertutup untukmu, carilah jalan Allah. Kerana jalan Allah itu seluas 7 petala langit, 7 petala bumi. 

Read. Learn. Love.



No comments:

Post a Comment