Sunday, 17 June 2012

Allah~

Kekecewaan hati itu pasti terubat hanya dengan mengejar kembali cinta Allah.
Indeed we belong to Allah and to him we will return.
Seek help through patience and prayer.


Ya Allah, sesungguhnya hati ini benar-benar memerlukanmu.
Hati ini tidak lagi kuat sepertimana aku yang dulu.
Segala yang berlaku telah melumpuhkan hati ini.
Kejadian yang mengingatkan aku apa yang berlaku pada tahun 2009.


Ya Allah, andainya ini takdirMu
Aku redha dan pasrah dengan kehendakMu.
Hanya engkau yang memahami segala isi hatiku.


Cinta dan perasaan itu sentiasa hadir tatkala aku memerlukannya.
Namun saat aku melayari bahtera itu, pasti ada sesuatu yang menduga hati dan perasaan.


Tangisan ini bagai air sungai yang mengalir.
Tak akan berhenti selagi tiada jawapan kutemui.


Kemaafan buat mereka sentiasa terbuka namun rasa hormat itu telah lenyap.
Kerana aku terlalu baik buat mereka.
Aku terlalu lembut dengan mereka.


Ya Allah, hanya satu pintaku berikan aku kekuatan yang pernah ada dalam diri ini.
Yang pernah hidup sendirian dengan tabahnya.
Yang bangkit dari zaman kejatuhannya.
Yang tak pernah memandang pada kegagalan hidup.
Yang sentiasa berusaha mencapai kejayaannya.
Yang cintanya sentiasa berpaut padaMu ya Allah.
Yang tak pernah lupakan cintanya padaMu.
Kuatkan aku ya Allah.


Hati yang remuk ini sangat-sangat memerlukanMu.



No comments:

Post a Comment