Terjaga dari tidur dan jari jemari mula menulis.
Buat mereka yang telah menang dan menjadikan saya orang yang kalah.
Terima kasih.
Awak semua banyak buat saya belajar.
Belajar untuk lebih kuat.
Belajar untuk lebih tabah.
Awak bergelak ketawa dengan kejatuhan saya.
Awak ketawa melihat saya menangis.
Awak ketawa kerana awak memiliki orang yang pernah saya perjuangkan cintanya.
Tapi awak memiliki cinta itu dengan mudah.
Saya kalah di mata awak semua tapi saya menang di mata Allah.
Makin hari saya makin dekat dengan Allah.
Allah yang beri saya sinar harapan untuk bernafas di setiap detik.
Ujian itu mematangkan hidup saya.
Kalau saya kehilangan cinta manusia tapi cinta Allah itu masih dekat dengan saya itu tandanya Allah terlalu sayangkan saya.
Allah tak pernah buat saya menangis.
Tapi saya akan menangis kerana terasa diri ini kerdil untuk meminta pada Allah.
Buat mereka yang merasakan saya merampas hak mereka, saya tidak pernah merampas ape lagi ingin mengambil hak orang.
Saya juga manusia.
Ada hati dan perasaan. Sangat memahami jiwa manusia.
Saya sangat menghormati setiap hubungan manusia.
Indeed Allah is with those who are patient.
Patient. Perseverance. Prayer.
Allah has counted your tears.
No comments:
Post a Comment