Aku bagai pasir pantai yang terbaring lesu meniti hari.
Meniti air laut membasahi, ketika sang mentari membakar dan mengeringkan tubuhku.
Aku bagai pasir pantai yang mengharap ombak, mnggerak dan mengalihkan tubuhku ke gigi air untuk mencari kedinginan.
Di manakah kau ketika aku terkapar kesepian, dibalut rindu, didera luka yang amat dalam?
Kekasih, kaulah air dan ombak yang sangat kudambakan.
Hadirmu bagai titisan embun menyegarkan kelopak bunga-bungaan.
Sang embun itu adalah cintamu yang sangat kuharapkan.
Cinta ini bukan hanya mimpi manis yang mengkhayalkan.
Cinta ini adalah angin rindu yang meniupkan kebahagiaan.
Kekasih, jika sewaktu-waktu sepi turut menerjah ruang resahmu, panggillah namaku, kerana di situ ada cinta, ada rindu yang sangat mengharap balas kasihmu.
Dariku,
Yang Amat Menyintaimu.
No comments:
Post a Comment