Tuesday, 19 June 2012

Review novel tak semanis impian...

Mimpi yang tak menjadi nyata, umpama burung tanpa sayapnya. 
Itulah ungkapan dari novel tak semanis impian.

Begitu setianya kasih seorang suami buat isterinya.
Yang sanggup melakukan apa sahaja untuk isterinya.
Namun kusangka panas smpai ke petang rupanya hujan di tengah hari.
Itulah yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

Pabila seorang adik mempunyai hati pada abang iparnya sendiri.
Namun cinta tak berbalas memandangkan si suami begitu menyayangi dan menyintai isterinya walau dalam apa jua keadaan. 

Si isteri yang terlalu leka dengan dunianya sedikit pun tidak meragui kasih si suami sehinggalah terbaca kad ucapan yang diberikan adiknya sendiri kepada suaminya.

Hati wanita itu remuk berderai.
Sebak, sedih lalu menahan apa sahaja yang dirasainya tanpa pengetahuan suaminya. 
Dia wanita tabah yang cuba menelan segala kepahitan tatkala mengandungkan anak kepada lelaki tersebut.

Akhirnya rahsia itu tetap terkubur dan pengakhirannya sebuah kemanisan.
Demi menjaga hati isterinya, si suami sanggup menyembunyikan segala yang berlaku.

Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan.
Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik.
Menang atau kalah bukan jawapannya.

Cuma....jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

Read. Learn. Love.

No comments:

Post a Comment