Wednesday, 20 June 2012

Silapnya seorang wanita~

Here, article I read on facebook.
Facts about women.

Bila dia percaya, dia terlalu mempercayai.
Bila dia menyayangi, dia terlalu menyayangi.
Bila dia memberi, dia akan memberikan segala-galanya.

Kerana itulah apabila berhadapan dengan seorang lelaki, wanita perlu berhati-hati.
Janji manis di bibir mungkin menjadi sembilu yang akan menghiris hati bertahun lamanya.
Impian dan harapan indah itu mungkin menjadi selumbar yang melukakan.

Makanya:
Selagi belum pasti jangan memberi sepenuh hati selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah. 
Jangan memberi segala-galanya.
Bila kita mudah memberi, maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepaskannya pergi. 


Things to remember and remind to myself as well:
Jagalah mahkota dan permata yang kita ada yang tidak dapat ditukar ganti mahupun dijual beli. 
Jagalah diri jagalah maruah lebih daripada nyawa sendiri sebab di situlah sebenarnya hidup seorang wanita.
Jadilah sekuntum mawar berduri yang cantik dan harum dipandang mata tetapi sukar untuk didapati.
Jika kau merasa kecewa, pandanglah ke sungai. Airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalang.
Jika kau merasa sedih, pandanglah ke langit. Kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Read. Learn. Love.




1 comment: